Sabtu, 3 Mei 2025

Ada Apa di Sebalik Timbunan Tisu dan Kertas?

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini rasa sakit badan dan juga rasa nak batuk. Kerongkong ini rasa tak selesa sangat. Selesema pun muncul kembali. Sekejap sahaja ia baik kemudian muncul kembali sakitnya. Biar sakit hari cuti, jangan sakit waktu hari bekerja.

Ada apa di sebalik timbunan tisu dan kertas? Cerita sehari sebelum puasa. Kemas-kemas surau kilang kerana waktu rehat boleh tidur bersama kawan-kawan. Jadi kena pastikan surau bersih baru boleh baringkan diri dengan selesa. Kemas punya kemas terlintas nak bersihkan kawasan belakang cermin. Belakang cermin kami letak botol yang mengandungi air kerana surau ini pernah tiada air. Boleh digunakan ketika kecemasan.

Jadi tariklah sikit cermin untuk bersihkannya. Terkejut sangat bila nampak timbunan tisu ini. Patutlah tisu cepat habis, ingat ada orang lain yang gunakan. Rupanya ada binatang lain yang ambil dan sorokkan di situ.

Perasaan ketika itu masih baik kerana tak syaki apa-apa, mungkin timbunan sampah biasa sahaja. Pergilah dekat nak kutip tisu itu dengan menggunakan tangan. Bila tengah kutip terkejut sangat ada binatang yang lari dari timbunan tisu.
 
Apa lagi terkejut yang amatlah. Terus berlari keluar dari surau. Beberapa minit kemudian masuk tengok lebih dekat ada tak lagi. Rupanya ada anaknya juga. Memang tak sanggup nak bersihkan. Kena cari orang lain yang mampu buat.

Pukul 11 abang Sirun ada naik ke pejabat. Tanya pada dia sibuk atau tak? Dia kata tak sibuk sangat. Jadi minta tolong abang Sirun buangkan. Ada 4 hingga 5 ekor juga anaknya. Kes selesai alhamdulilah..

Selepas itu kami lebih berjaga-jaga. Letak cermin lebih rapat di dinding. Tiada ruang lagi binatang tersebut nak menyorok. Cuma bahagian almari sahaja tak boleh buat apa. Tikus boleh menyorok lagi. Tapi tahinya sentiasa ada. Harap tikus tak masuk ke dalam surau lagi kerana sudah banyak tangkapan dibuat. Tapi yang peliknya orang Cina tak bunuh tikus tersebut tapi melepaskannya kembali. Risau tikus yang sama juga masuk.

Khamis, 1 Mei 2025

Kucing Pinn Yangg Punya Angkara

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Selamat hari pekerja kepada semua. Walau apa pun pekerjaan kita, bekerjalah kerana Allah. Semoga rezeki kita lebih berkat dan dipermudahkan segala urusan.

Masuk dapur terkejut ada barang yang jauh dan pinggan yang pecah. Bukan sekali tetapi berkali-kali sudah kucing Pinn Yangg buat hal. Minta abah tolong buangkan kucing tersebut jauh-jauh. Tapi abah kata tak pa, selagi ada ruang jalan dan tak penuh kaca dan berselerak, boleh lagi. Jadi tak perlu buang kucing tersebut. Begitulah abahku.

Rasa setiap kali pecah nak suruh abah yang kemas. Biar abah tahu betapa sakit hati nak mengemasnya.

Ada ikan goreng sebab itu Pinn Yangg tolak tudung saji beserta makanan yang ada jatuh ke lantai. 
 

Sabtu, 26 April 2025

Keropok dari Orang Kelantan

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Kita clearkan memori yang ada. Simpan di blog untuk tatapan masa hadapan. Terima kasih PC Lan kerana sudi memberi keropok ini. Banyak dan sedap pula tu.. Alhamdulillah.. Sekarang pun ada lagi kerana nak habiskan stok kuih raya dahulu.

Pos dari Kelantan tetapi keropoknya dari Terengganu. Keropok ikan parang Sri Bayu, Merang Kuala Terengganu.

Inilah dia keropok keping dan juga keropok sira. Semuanya dalam keadaan baik. Terima pada Februari 2025 yang lalu. Bila tengok gambar rasa teringin pula nak makan :)

Memang sedap keropok, kembang elok. Terima kasih PC Lan dan Ain sekeluarga. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan ini. Semoga PC sekeluarga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat.