Khamis, 24 April 2025

Tempah Apom Balik di Majlis Kenduri Abang

Alhamdulillah satu lagi hajat tercapai iaitu ingin sponsor apom balik di majlis kenduri. Masa bulan puasa lock tarikh. Kami 3 beradik kumpul duit untuk sponsor apom balik ini. Bila kongsi tak terasa sangat, asalkan dapat berkongsi rezeki walaupun sedikit.

Apom balik ini minimum order 8 kg tepung. 1 kg tepung bersamaan dengan RM60. RM60 x 8 kg bersamaan RM 480.00. Boleh dapat 800 keping, seorang ambil dua keping bersamaan 400 orang makan. 

Sekitar majlis kenduri abang 12 April 2025

Cuaca pun tidak terlalu panas, alhamdulillah...

Tempah apom balik dengan Encik Azhar 017-4010 901

Barangan Kaca dijadikan Doorgift

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah tercapai juga hasrat untuk memberi doorgift barangan kaca di majlis kenduri abang. Kumpul sebelum bulan puasa lagi. Bila masuk Ramadan mula basuh barangan kaca tersebut.

Semua barangan kaca diperoleh dari majlis kenduri dan hadiah kawan-kawan. Bila terlalu banyak di rumah, sampai penuh almari. 

Untuk mengelak pembaziran lebih baik beri pada orang lain pula. Walaupun tidak begitu sesuai untuk memberi barang recycle pada orang. Harap mereka dapat menerimanya dengan baik.

Isi gula-gula dan sumi di dalam bekas kaca tersebut. Dapat 40 biji semuanya. 

Doorgift ini buat 800 bungkus. Ada lebih lagi lebih kurang 200 bungkus. Biar lebih jangan kurang. Isi dalamnya ada keropok, maruku dan juga biskut. Doorgift bajet :) 

Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Entri kedua untuk hari ini. Tulis untuk dijadikan kenang-kenangan. Terima kasih kepada mereka kerana sudi memberi sempena menyambut perayaan Songkran. Perayaan Songkran ini lebih kepada pesta air. Mereka akan bermain air. 

Lebih seronok lagi bila ais diletakkan sekali dalam air. Sejuk sangat jadinya. Mereka akan meminta kebenaran untuk menjirus sedikit air pada bangsa lain terutama Melayu sebagai menghapus dosa. Saya dengar dari cerita orang sahaja, tak pasti sama ada betul atau tidak.

Bila perayaan ini memang risau sebab takut balik dari kerja dalam keadaan basah kuyup. Ada yang sedia baju ganti agar tidak kesejukan. Mereka jirus pada teman yang rapat atau yang meraikan bersama mereka.