Sabtu, 8 Februari 2025

Ingin Menjadi Seorang yang Minimalis

 Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk hari ini. Sejak akhir-akhir ini selalu sangat tengok video Tiktok Puan Sri Hartini yang mengamalkan gaya hidup minimalis. Asyik tergiang-ngiang videonya. Memang sukar untuk menjadi minimalis kerana mempunyai sejarah keluarga yang susah ketika dulu. Susah untuk mendapatkan sesuatu barang dan sukar untuk melepaskan sesuatu barang. 


Dalam fikiran akan terfikir mungkin barang ini akan digunakan suatu ketika nanti. Tengok almari tersebut, guna sampai rosak teruk baru buang. Jika rosak sedikit gunakan lagi. Tapi bila dah lama rosak teruk, tak sedar tikus pun sudah buat sarang dalam almari. Rosak semua baju kerana jarang buka almari tersebut.

Sampai sekarang dan hari-hari saya terfikir nak buang apa kerana keadaan rumah masih selerak. Bila barang disusun sahaja tanpa buang, tak memberi impak ruang. Fikiran juga masih rasa serabut. Sebenarnya tak boleh nak buang sebarangan kerana melibatkan barang orang lain juga. Itu masalah terbesar saya.

Bila nak buang sesuatu kena hantar WhatsApp agar tidak timbul perasaan bersalah. Takut pun ada sebenarnya. Kita tidak tahu nilai sesuatu barang pada diri orang lain terutama adik-beradik. Sebab nak kemas rumah keluarga, melibatkan adik-beradik. 

Barang sendiri pun kalau boleh nak buang sendiri, tak nak orang buangkan. Sendiri yang tahu sama ada sesuatu barang itu perlu atau tidak lagi. Berharap dapat mengamalkan gaya hidup minimalis suatu ketika nanti :)

Kenangan Sahabat Pena

 Assalamualaikum dan selamat malam. Kenangan ketika di bangku sekolah dahulu, mempunyai sahabat pena serata negeri. Sahabat pena bermula apabila melihat profil di majalah Asuh, Kuntum dan sebagainya. Pilih yang sama umur terutamanya untuk dijadikan kawan.

Maka terjadilah proses balas membalas surat. Boleh dikatakan hari-hari menunggu kedatangan surat. Tunggu posmen di depan rumah dengan harapan posmen akan berhenti. Bila tiada surat posmen bawa motor laju sangat.

Bila dapat surat hati gembira tidak terkata. Selain itu suka mengumpul setem yang diterima. Punggah almari terjumpalah surat-surat ini. Memang tak sanggup nak baca. Terus buang kerana hanya menjadi kenangan sahaja. Apa-apapun saat itu memang indah terutamanya semua keluarga masih ada dan bersatu. Walaupun kehidupan ketika itu adalah sederhana tetapi amat-amat bahagia. Tak tergambar kebahagiaan ketika itu :)

Khamis, 6 Februari 2025

Senarai Harga Rawatan Klinik Pergigian Yusmin Aznida

 Assalamualaikum dan selamat malam. Nampak ke tak? Maaf kerana itu sahaja yang mampu diambil. Lebih fokus di bahagian atas sahaja. Sekadar untuk simpanan dan rujukan akan datang.

Selasa, 4 Februari 2025

Sambut Hari Lahir Anak Saudara, Yusuf

Assalamualaikum dan selamat malam. Sambut hari lahir anak saudara yang tinggal di Kuala Kangsar, pada hari Khamis yang lalu. Kakak dan anak saudara pulang ke kampung sekejap untuk menghantar mainan baby. Alang-alang sambut birthday anaknya sekali.

Kakak pesan beli KFC tapi sebab boikot tukar kepada Muiz Hot Chicken yang berada di Mydin Parit Buntar, Perak.


Ambil kek di kedai Kobis Bunga. Tahun ini tema kek Boboi Boy warna kuning. Harga kek RM75.

Antara kek yang ada di kedai Kobis Bunga. Kakak kata sedap keknya.

First time rasa Muiz Hot Chicken ini. Ambil original sahaja RM45 10 ketul ayam.

Tak sempat ambil gambar kek sebab sudah kena potong

Masa untuk menjamu selera. Nak lebih mengenyangkan kenalah makan nasi. Lagipun pada waktu tengahari. Sekian...
 

Ahad, 2 Februari 2025

Free Sample Libresse #KnowYourV

 Free sample ini sudah lama dapat tapi baru buka. Simpan sampai hilang dari pandangan dan fikiran. Bila kemas barang baru jumpa.


Boleh guna lagi dan cuba free sample ini. Terima kasih Libresse :)

Your Current XOX Plan Will Be Terminated

 Assalamualaikum semua. Hari ini update blog di bilik adik. Tanpa perlu penggunaan lampu, hanya kipas sahaja. Bilik sendiri kena buka lampu kerana gelap gelita. Buka satu tingkap pun dah cukup cerah. Udara luar pun masuk. Bermula hari ini tukar suasana. Gunakan bilik kosong yang ada walaupun kadang kala masuk juga air hujan. Rumah kampung dan rumah lama memang begitu. 


Nombor XOX kena terminated, terlalu leka tak sempat nak top up setiap bulan. Akhir topup RM5 pada bulan November. Tak cukup katanya. Jadi biarkan sahaja nombor itu tanpa diselamatkan. Boleh jer selamatkan kena emel XOX untuk pengaktifan dan buat bayaran RM50. Duit tersebut akan masuk ke dalam akaun juga nanti.

Oleh kerana banyak perkara yang harus dilakukan, jadi biarkan sahaja nombor tersebut walaupun amat penting untuk urusan bank. Nampaknya tak boleh beli onlinelah. Emel juga menggunakan nombor tersebut. 

Jika diselamatkan pun, perkara ini pasti akan berlaku lagi. Jadi biarkan sahaja. Selesaikan urusan dengan bank satu persatu. Tak tahu nak mula bila, mungkin tunggu adik cuti semester. Moga dipermudahkan. 

Sabtu, 1 Februari 2025

Selamat Tinggal Putri dan Loli 2024

 Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini agak penat kerana sibuk mengemas rumah. Kemas bilik adik yang sudah lama ditinggalkan. Penuh bersawang dan tahi cicak. Langsir juga sudah lama tidak dibasuh.

Inilah dia Putri dan Loli. Tiada keperluan lagi untuk disimpan di rumah. Putri dan Loli ini kenangan di zaman universiti dahulu. Putri iaitu yang warna pink beli sendiri manakala Loli iaitu yang berwana koko rakan sebilik yang hadiahkan. Mereka kongsi duit dan belikan Loli sempena hari lahir. 


Jadi terdapat dua anak patung di atas katil semasa zaman belajar dahulu. Bila balik kampung bawa pulang dan berikan pada adik. Sekarang adik pun dah besar. Tua sudah patung ini..hihi.. Jadi terpaksa melepaskan kerana tidak elok ada patung di rumah kecuali ada anak kecil untuk bermain. 

Masukkan dalam plastik hitam, jika ada yang berkenan boleh ambil. Suruh adik buang di rumahnya kerana lori angkut sampah selalu datang. Kalau rumah kampung buang belakang rumah dan terus bakar sahaja. Tapi tak sampai hati...

Happy Chinese New Year 2025

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Esok adalah hari terakhir cuti sempena perayaan tahun baru Cina. Kilang shutdown dan terpaksa ambil cuti selama 3 hari. Kira cuti deret selama seminggu. 



Daripada pembekal untuk kilang kami. Tahun ini alhamdulillah dapat banyak limau. Boleh bawa balik seorang sedikit. 

Pemberian daripada Wang seperti biasa setiap tahun. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih :)


Pemberian daripada Miss Teoh untuk adik dan juga saya. Alhamdulillah.. Terima kasih sangat :)