Rabu, 3 Disember 2025

Drama Bahagia Yang Tertangguh

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebenarnya tertunggu-tunggu bila Telegram nak update episod 9 dan 10 drama Bahagia Yang Tertangguh. Apa lagi ujian yang bakal dihadapi oleh Hana. Boleh sahaja menonton di TikTok tetapi slot yang sedikit. Rasa tak puas jika tak dapat menonton penuh.

Tetapi, jika lambat lagi terpaksalah menonton di TikTok sahaja. Stress juga menonton drama ini. Hana ditindas dengan orang di sekelilingnya daripada rumah hingga ke tempat kerja. Tak dapat bayangkan jika berlaku pada diri sendiri. Kalau nak rasa sakit hati jomlah tonton drama ini :)

Ahad, 30 November 2025

Tanaman Pokok Daun Sup

Assalamualaikum semua. Pokok daun sup ini sahaja yang menjadi. Alhamdulillah ada juga hasilnya. Seronok bila lihat pokok kembang begitu seperti hatiku jua.




Semai dengan biji benih. Biji benih beli di Pekan Isnin, Tanjung Piandang. Mahal juga benihnya RM4. 

Jumaat, 28 November 2025

Ole-Ole Dari Kunming, China

Assalamualaikum dan selamat petang. Ole-ole dari Kunming, China. Pemberian Angie, senior tempat kerja.

Dia pilih warna merah untuk saya kerana cuti pada hari ia memberi. Jika tidak pasti boleh pilih sendiri warna yang disukai.

Cantik sangat, terima kasih pada yang memberi. Simpan untuk kenangan :)

Khamis, 27 November 2025

Kereta Rosak Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kereta adik rosak pula hari ini. Tayar belakang belah kanan tak bergerak langsung. Lambatlah pergi kerja hari ini. Sebelum ini pernah jadi tetapi bila dipaksa bergerak juga. Kali ini tidak bergerak langsung. Alhamdulillah sekejap sahaja dibaiki. Pukul 9.30 pagi sudah siap.

Syukur sangat sekejap sahaja. Bolehlah bergerak ke tempat kerja. Minggu ini hari pertama bekerja, setelah ambil cuti 3 hari. Semangat !!!

Rabu, 26 November 2025

Life Is Beautiful Giveaway

Asssalamualaikum dan selamat malam. Tak tahu sempat atau tidak masuk giveaway kerana baru ambil laptop malam ini. Tidak kisah sama ada diterima atau tidak. Good luck pada yang menyertai giveaway ini :)

Ahad, 23 November 2025

Semai Pokok Kesum

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini semai keratan batang pokok kesum. Semoga tumbuh dengan jayanya. Cukup satu pasu tengok perkembangannya sama ada hidup atau tidak. Pokok kesum jika tak cukup air memang akan mati. Kena siram selalu.


Laptop sudah siap dibaiki tetapi belum ambil lagi.  Kelmarin tak perasan ada panggilan, tak tengok phone kerana sibuk di dapur. Handphone pula silent. Hari ini pula kedai tak buka. Hari Rabulah pergi ambil jika berkesempatan.

Selasa, 18 November 2025

Laptop Kesayangan Rosak

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Laptop kesayangan tiba-tiba terpadam ketika digunakan. Tekan butang on semula tetap tidak hidup. Nampaknya kena bawa pergi baikilah.


Pergi ke kedai Malik Komputer untuk baiki laptop. Mainboard problem (no power), ambil masa satu hingga dua minggu untuk dibaiki. Anggaran kos baiki RM300. Terpaksa bersabar ketiadaan laptop disisi. 

Cerita lain pula smart watch pink sudah dipulangkan kembali pada penjual. Pedometer rosak, bergerak laju. Penjual nak bagi pampasan RM3 jika tidak pulangkan. Tetapi bila fikir kembali buat apa simpan jam yang rosak. Tujuan utama untuk guna pedometer bukannya waktu. Jam biasa banyak di rumah. Selain itu bateri jam tak tahan lama. Paling lama 5 jam untuk penggunaan biasa. Oleh itu baik pulangkan sahaja daripada hidup dalam stress. Nasib jam murah, kalau jam mahal buat hal lagi stress.. hihi..

Jumaat, 14 November 2025

Scam Buah Mangga?

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Rasa macam kena scam, kena pukau dan sebagainya. Tapi tidak pun..hihi.. Kisahnya begini rasa teringin nak beli buahan tapi tak tahu buah apa. Berhenti gerai buah yang pertama tengok segar-segar buahnya. Nanti patah balik baru beli sebab berat. 

Jalan-jalan lagi berhenti gerai buah kedua dan yang terakhir. Tak banyak gerai buah di pasar malam itu. Tengok buah mangga. Memang semua buah mangga sudah buruk. Ada lebam hitam dan lembik. Memang buah mangga itu sudah rosak tapi boleh dimakan lagi dengan membuang bahagian yang rosak.

Pakcik yang menjual beritahu buah ini masih elok dan boleh makan. Buah hitam-hitam ini lagi manis katanya. Saya kata tak naklah sebab dah buruk. Boleh lagi katanya sepinggan RM5 sahaja. Dia suruh pilih nak pinggan yang mana dan bagi lagi extra. 

Balik ke rumah rasa tak lalu pula nak makan mangga itu. Terlalu ranum nak ke masam. Bau pun kurang enak. Kenapalah dalam banyak-banyak buah segar di pasar malam yang buruk juga dipilih? Tapi gerai pakcik ini sahaja yang jual mangga.

Abah tegur, buah mangga disimpan sampai lupa nak makan. Padahal baru sahaja beli abah tak tahu..hihi.. Diamkan sahaja nanti kena gelak dan bebel.

Adik pula kata kena scam sebab tak manis pun buahnya walaupun banyak hitam-hitam. Tak tahulah nak komen apa sebab diri sendiri pun rasa tak lalu nak makan..huhu..

Khamis, 13 November 2025

Penebusan Point, My Abbott Cares

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rutin tahunan Tauke Soh (bini bos) suruh potong scoop susu dan courier untuk tebus point. 1 scoop dapat 5 point. Boleh pilih produk atau hadiah yang disukai mengikut jumlah point yang ada. Ada 132 scoop bersamaan 660 point. Hantar pada My Abbott Cares. 

Scoop yang sudah dipotong. Scoop susu Ensure Gold.

Proses pengiraan scoop susu

Kali terakhir hantar scoop, nanti QR sahaja

Untuk urusan penghantaran 

Selasa, 11 November 2025

Smart Watch Untuk Brisk Walk

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bila lihat blogger lain brisk walk guna jam tangan smart watch rasa teringin pula. Boleh tahu berapa langkah. Masalahnya masih tak pandai guna lagi.. haha.. Lagi satu masalah tak pernah keluar brisk walk pun.. haha.. Adakah ada masa untuk pusing kampung atau ban pecah?


Beli di TikTok RM15 sahaja. Jadilah untuk mencuba sesuatu yang baru. Jika ianya satu keperluan suatu hari nanti boleh beli yang mahal sedikit. Harap bertahan lama dan memberi manfaat.

Ahad, 9 November 2025

Stok Seafood Untuk Seminggu

 Assalamualaikum dan selamat malam. Selesai sudah membasuh stok seafood untuk seminggu. Ada ikan, udang dan sotong. Sekarang masuk maghrib awal, kena mandi cepat untuk tunaikan solat. Bila bahan mentah sudah siap dibersihkan cepat sedikit kerja masak-memasak.


Kalau ada ayam lebih sempurna. Tak mengapalah nanti abah belikan lagi. Bersihkan ayam lebih mudah berbanding sotong. Kalau tak kena gaya, dakwat hitam habis kena muka dan baju. 

Sabtu, 8 November 2025

Supermoon 5 November 2025, 9.19 Malam

Assalamualaikum dan selamat malam. Kawan sempat ambil gambar supermoon. Boleh lihat gambar di bawah. Simpan untuk kenangan.


Jumaat, 7 November 2025

Ralat Tak Tengok Supermoon

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini hujan membasahi bumi. Terasa agak sejuk dan segar. Tak perlu kelam kabut untuk  siram pokok. 

Pukul 9 malam, 5 November kami keluar untuk mengemas homestay di sebelah rumah. Memang begitu cerah pada malam itu. Tak perlukan lampu untuk kami keluar berjalan menuju ke homestay. Salakan anjing membuat kami berjalan lebih laju tanpa memerhatikan bulan yang amat terang itu.

Imej diambil pada 4 November 2025 jam 9 malam. Cahaya terang menerangi kegelapan malam.

6 November tiada lagi bulan terang, cepatnya ia hilang dari pandangan. Jadi terasa ralat juga sebab tidak tengok bulan pada 5 November atau dipanggil supermoon. Tidak menikmati keindahan pada malam itu.

Rabu, 5 November 2025

Bunga Halia

Assalamualaikum dan selamat pagi. First time tengok bunga halia. Walaupun pokok halia ini diserang serangga perosak, ia masih berbunga. Cantik pula bila dipandang. Ambil gambar untuk diabadikan di blog kesayangan. Bukan selalu dapat memori seperti ini.







Isnin, 3 November 2025

Lapar Awal Pagi ini

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini rasa lapar awal pula. Sebelum datang kerja sudah sarapan nasi. Tapi ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.


Mujur bawa biskut enak. Boleh isi perut. Makan sikit-sikit bagi lambat habis. Sedap biskut ini, biskut kelapa cream cokelat Roma. Dua kali sudah beli :)

Khamis, 30 Oktober 2025

Karpet di Kilang Kena Gigit

Assalamualaikum dan petang. Hari Isnin lalu, karpet di pintu surau kena gigit dengan tikus.  Dua hari cuti, boleh pula dia buat kerja. Mengadu dengan anak bos, katanya tak boleh buat apa dengan tikus. Sudah ditangkap tetapi ada lagi.

 Depan pintu surau

Bekas gigitan tikus.
Mujur sikit sahaja.

Hari ini berjaya ditangkap. Tauke Soh pasang perangkap tikus. Tauke Soh suruh bawa balik tikus itu. Saya jawab sudah banyak dekat rumah.. 😂😂 

Isnin, 27 Oktober 2025

Kuih Raya Deepavali 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini adik dapat satu bekas kuih raya sempena hari Deepavali. Rakan sekerja iaitu Devan yang memberikan kepadanya.


First time adik terima kuih raya ini. Baru adik bercadang nak meminta maruku dengan tujuan untuk bergurau. Tengok-tengok dapat terus pagi ini. Tak sempat nak bergurau. Cepat betul makbul... hahaha..

Alhamdulillah... Terima kasih kerana berkongsi rezeki. Kami agihkan rezeki ini dengan rakan kerja office lain juga.

Ahad, 26 Oktober 2025

Nak Buat Apa Dengan Bekas dan Perhiasan Hantaran?

Assalamualaikum dan selamat petang. Tiba-tiba elektrik terputus. Sudah lama tidak berlaku begini. Bateri handphone ada separuh lagi. Jika digunakan sekejap sahaja habis. Semoga cepatlah ada elektrik kembali.

Barang hantaran yang telah dibuka. Bunga dan perhiasannya nak disimpan atau buang?

Bekas plastik yang lutsinar, nak buat apa?


Bekas yang sesuai boleh digunakan semula contoh bakul plastik. Setakat ini semua barang simpan dalam kotak sahaja. Tunggu hari untuk dibuang jika betul-betul tak digunakan lagi. 

Jumaat, 24 Oktober 2025

Bon Appetit, Your Majesty

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini hujan sudah berhenti. Moga air banjir cepat surut di kawasan yang terlibat. Selesai juga menonton cerita Korea Bon Appetit, Your Majesty. Kesemuanya ada 12 episod.


Memang suka tengok cerita masak-masak. Apatah lagi makanan yang enak dan dihias cantik. Happy ending ceritanya, akhir mereka bersama juga. Lepas ini tak tahu nak mula cerita apa pula. Suka menonton waktu rehat semasa hari bekerja. 

Selasa, 21 Oktober 2025

Kucing Pun Suka Makan Telur?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja pada yang sudah mula bekerja. Sekolah masih cuti. Semoga anak-anak menggunakan masa yang ada sebaiknya.

Kucing pun suka telur? Kucing Pinn Yang curi makan telur goreng yang letak di bawah tudung saji. Ia angkat tudung saji untuk dapatkan makanan. Jika ada pemberat di atas tudung saji, ia akan tolak tudung saji sehingga semua jatuh ke lantai. Banyak pinggan dan piring kaca sudah terkorban.

Ini pula ia curi bunga telur yang berada di atas pelamin. Banyak juga yang rosak dikerjanya.

Screenshot dari TikTok. Video asal telah dibuang. Kucing Pinn Yang ini juga telah membawa lari satu plastik telur mentah. Ia suka juga makan telur mentah. Akhirnya kami buat keputusan untuk membuangnya. Kucing ini datang sendiri ke rumah. Mungkin kena buang juga sebelum ini.

Isnin, 20 Oktober 2025

Sumbangan Pakaian Terpakai 3.0

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cuti sempena Hari Deepavali. Happy Deepavali diucapkan pada mereka yang merainya. Hari ini hujan lebat. Baru sembang dengan best friend kelmarin, katanya tiap-tiap tahun hari Deepavali mesti hujan. Kesimpulannya jangan buat majlis kenduri semasa hari Deepavali. 😄😄😄

Kelmarin sebelum keluar makan bersama BFF, hantar dulu pakaian terpakai. Dua khemah disediakan untuk menempatkan pakaian dan barangan terpakai ini.

Adik tolong ambilkan gambar. Sumbangan pakaian terpakai wanita lebih banyak daripada pakaian lelaki.
 
Dapat kumpul sedikit sahaja sebab pernah sedekah sebelum ini. Plastik besar ambil dari kilang. Ini pun sudah terasa beratnya.

Ahad, 19 Oktober 2025

Bakar Sofa Buruk

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini nak hantar pakaian terpakai di masjid Tanjung Piandang. Petang pula nak keluar makan bersama sahabat. Semoga semua urusan dipermudahkan Allah.

Sofa arwah mak, kakak yang belikan. Kami biarkan lama situ hingga reput. Kalau arwah ada, dia tak suka buang barang. Selagi boleh guna akan digunakan sampai rosak. Jika rosak sikit-sikit akan dibaiki dan boleh guna walaupun tidak cantik pada pandangan mata. Kakak pula jika nak beli sofa lain kena buang sofa yang lama. Itu syaratnya. Jadi tak bergantilah sofa di rumah kami.

Alhamdulillah adik tolong bakar. Sedaplah sedikit mata memandang selepas ini. Risau ada tikus atau ular 🐍 bersembunyi. Ada projek sebenarnya nak buat di situ. Nanti akan update di entri seterusnya.

Khamis, 16 Oktober 2025

Jajan dari Indonesia: Keripik Apel dan Nangka

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dan indah dari semalam. Dipermudahkan segala urusan kita, dikurniakan ketenangan serta kesihatan yang baik.

Keripik Apel dan juga nangka. Ole-ole dari Indonesia. First time mencuba keripik apel. Keripik nangka pernah cuba sebelum ini.

Bagi pendapat kedua-dua keripik ini tidak memenuhi citarasa kami sekeluarga. Kami agak kurang menggemarinya. Mungkin untuk golongan remaja lebih menyukai jajan seperti ini.

Keripik Apel tidak terlalu ranggup sesuai untuk dimakan oleh orang tua. Rasanya rasa manis epal iaitu tidak terlalu manis. 

Keripik nangka pula agak keras dan tidak sesuai untuk orang tua dan kanak-kanak. Rasanya memang manis. Beri pada adik untuk mencubanya.

Selasa, 14 Oktober 2025

GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh

Assalamualaikum dan selamat malam...

Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan menyertai give away di blog Mek Yuhhh. Hari ini kakak yang tinggal di Kulim, balik ke kampung. Kakak masak makan malam untuk kami. Jadi bila balik kerja terus mandi dan tunaikan solat Maghrib. Tak perlu lagi ke dapur untuk masak. Syukur alhamdulillah...

Jadi adalah kesempatan untuk menulis entri di blog. Hadiah misteri? Apalah agaknya hadiah misteri itu bagi yang bertuah. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Oktober 2025. Pemenang akan diumumkan pada 5 November 2025.

Cara penyertaan:

1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh

2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.

3. Publishkan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.

4 Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.

5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW blog Mek Yuhh.

6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini.