Sabtu, 31 Ogos 2024

Sekitar Majlis Meraikan Bapa Tunggal Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Merdeka! Entri kedua untuk hari ini. Entri pertama boleh klik di sini.

 
Sekitar majlis meraikan bapa tunggal sempena menyambut hari kemerdekaan di Masjid Al-Fatah, Sungai Setar Besar.
 
 
Pelbagai makanan disediakan hasil sumbangan kariah masjid.
 
 Pertandingan pakaian beragam jalur gemilang 2024.
 
 
Hadiah dan juga sumbangan makanan.
 
 
Pentas
 
 
Persediaan tempat

Sumbangan Beg Hamper untuk Pertandingan Pakaian Beragam Jalur Gemilang 2024 di Masjid Al-Fatah, Sungai Setar Besar

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah rakyat Malaysia hidup aman damai dalam masyarakat berbilang kaum. Entri untuk hari ini, bermula dari surat itu maka terciptalah sebuah cerita.

 
Majlis meraikan bapa tunggal sempena menyambut hari kemerdekaan.

 
Cerita pun bemula kerana kilang tempat bekerja ingin memberikan sumbangan. Sumbangan dalam bentuk beg hamper. 

 
Sebanyak 10 beg dan kos anggaran satu beg rm30. Beg ini untuk hadiah pertandingan pakaian beragam jalur gemilang 2024. Kategori kanak-kanak 5 hingga 6 tahun.
 
 
Beri botol air, fail, biskut, air kotak, keropok, roti gardenia dan makanan ringan lain.
 
 
Urusan pembayaran dikaunter. Minta kotak senang untuk angkat barang.
 
 
Antara barang-barang yang telah siap diisi dalam beg.
 
 
Last minit tambah kerana masih ada baki wang peruntukan. Beli keesokan harinya pula.

 
Alhamdulillah siap semua dan boleh diserahkan. Entri untuk kenangan :)

Selasa, 27 Ogos 2024

Dapat Sebatang Pen Pun Happy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kedua untuk hari ini. Ketua sibuk sembahyang, anak buah pun mengular. Sembahyang bagi orang Cina. Ada bakar-bakar. Nanti bila habis, bolehlah makan. Sudah asing makanan untuk orang Melayu. Makanan orang Melayu tak terlibat. Alhamdulillah.

 
Alhamdulillah... Rezeki yang diperolehi walaupun sekecil-kecil rezeki.

 
Pen yang dapat kelmarin. Ada pembekal beri pada anak boss dan anak boss beri pada pekerja. Pen dakwat basah. Cantik dan comel pennya. Suka sangat :)

Cedera Ketika Mengemas Rumah Atas

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu lepas hari Sabtu dan Ahad sibuk mengemas rumah atas. Kitar semula buku yang tidak digunakan lagi. Kitar semula kerusi roda yang dibeli untuk arwah mak tapi tak sesuai. Beli online tak boleh cuba selesa atau tidak. 

Bila sampai memang tak selesa dan boleh mendatangkan kecederaan. Sekarang tayar sudah rosak. Getah tayar pecah dan reput terus. Ranggup bak keropok. Nak baiki pun tak berbaloi. Baik dibuang sahaja.

Hadiah yang diperoleh ketika mengemas. Darah yang keluar banyak juga. Tapi alhamdulillah cepat baik. Rasa pedih memang terasa. Hari Sabtu kena, hari Ahad sambung mengemas lagi. Tapi pakai plaster agar boleh buat kerja lasak.

Kitar semula dapat RM30, termasuk buku-buku, barang plastik, kotak dan barangan elektrik yang lain. Alhamdulillah... Daripada dibuang begitu sahaja baik kitar semula. Adik laki bongsu rembat RM10 sebab dia tolong angkat kotak. Selebihnya mungkin beli makanan dan makan bersama keluarga. 

Jumaat, 23 Ogos 2024

Tomyam Campur dan Pizza Pasar Malam

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini tak pergi kerja, rasa mengantuk dan tak sedap badan. Bila time hujan badan rasa lemah. Tak boleh kena aircond. Malas nak masak sebab sejuk sangat. Hangatkan makanan apa yang ada untuk makan tengahari. Ada kuah laksa tempat sejukbeku. Ada lauk sambal telur dan juga ikan goreng. Alhamdulillah...

 
Malam adik beli tomyam campur, RM12. Naik harga, dulu murah jer.
 
 
Ini pula kisah kelmarin, ada pasar malam setiap hari Khamis di kampung.
 
 
Pizza atas lori. Tak pernah cuba lagi pizzanya.

 
Beli paling kecil sahaja. Ada 4 slice RM9. Alhamdulillah...

Khamis, 22 Ogos 2024

Bingka Ubi Kayu untuk Rakan Sekerja

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi paksakan diri membuat kuih. Maka terhasillah bingka ubi kayu. Sayang tengok ubi kayu. Jika dibiar akan masuk angin dan rosak. Buat kerja sambil bertarung dengan nyamuk. Musim hujan nyamuk pun banyak. Tak senang nak buat kerja.

Terpaksa berceloteh di sini kerana tempat kerja kurang bercakap dan bersembang dengan orang. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Bingka ubi yang telah dipotong. Kalut nak pergi kerja, ambil gambar mana yang sempat saja.

Dua bekas untuk rakan di tempat kerja. Senang jer nak buat bingka ubi ini. Nak resepi boleh klik di sini.

Selasa, 20 Ogos 2024

Rasa Teringin Tapi Mahu Buat Sendiri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini rasa teringin makan macam-macam yang sedap-sedap. Tetapi masalahnya bila sampai ke kedai tak jadi nak beli. Rasa hilang rasa teringin itu.

Contohnya teringin nak makan donat bila fikir balik takut tak sedap, tak puas makan sebab sedikit dan rasa tak berbaloi nak beli. Tahu sebab apa? Teringin nak buat sendiri dan boleh makan banyak dengan puas. Lagipun kaedahnya agak mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Oleh itu sampai sekarang tak beli donat kerana nak buat sendiri.

Masalahnya bila nak buat sendiri perasaan malas, tak cukup masa, penat dan sebagainya. Jadi tak terbuat sampai sekarang.

Begitu juga dengan makanan yang lain, sanggup tak beli kerana fikir nak buat. Tapi masalahnya tak buat juga. Haha..

Campuran tiga makanan bergoreng iaitu maggi, mee dan bihun. Mee dan bihun beli di kedai yang berlainan. Maggi pula dimasak oleh adik bongsu.

Kenapalah suka tulis tentang makanan saja? Sebabnya makananlah yang hari- hari benda yang kita fikirkan. Betul tak?

Semoga blog dan akaun sosial yang lain jauh dari sebarang dosa. Blog adalah diari untuk diri sendiri dan dikongsi bersama pembaca. Bukan niat untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan untuk diri sendiri. Apa yang dilalui itulah yang ditulis untuk tatapan. Sekian.

Isnin, 19 Ogos 2024

Rezeki Buah Dokong dan Cempedak Goreng

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rezeki hari Isnin. Beli makanan untuk makan tengahari, dipelawa untuk ambil buah-buahan. Rezeki jangan ditolak. Ambil sedikit buah dokong dan juga cempedak goreng. Alhamdulillah.
 
 
Berkongsi rezeki katanya, hasil dari kebun Tuan kedai. Alhamdulillah dapat juga orang lain merasa. Terima kasih sangat :)

Ahad, 18 Ogos 2024

Memasang Chest Drawer 4 Layer

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hasil kerjasama 3 orang adik, terpasang juga drawer ini. Alhamdulillah...

 
Keliru nak pasang kerana cara membuat yang diberikan terlalu ringkas.
 
 
Beli semasa live di Tiktok, RM65. Letak dalam bilik tidur. Terima kasih adik-adikku...

Selasa, 13 Ogos 2024

Goreng Pisang di Pagi Hari

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cerita minggu lepas 11 Ogos 2024, buat goreng pisang dan juga kerepek pisang. Hasil tanaman abah. Alhamdulillah.

Cuba teka yang ranum pisang apa dan yang masih muda pisang apa. Dua jenis pisang yang berlainan.

Tak tahu pun pokoknya di mana, tetapi yang penting hasilnya. Siap berada di dapur..hihi
Manis sangat goreng pisang ini. Terima kasih abah. Alhamdulillah, syukur atas nikmat-Mu.

Isnin, 12 Ogos 2024

Jamu Selera di Marrybrown

 

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita hari Sabtu 10 Ogos 2024. Baiki handphone adik, shopping barang rumah dan makan-makan. Jarang sangat makan di luar. Nak lari dari kebiasaan, kami pun makan luar. Marrybrown jadi pilihan menggantikan KFC. Rindu sangat dinner plate KFC.

 
Tengok harga dulu dan menu yang ada. Kemudian baru berbaris untuk beli di kaunter.
 
 
Adik kata sebelum makan ayam sedap bubur Marrybrown ini tetapi bila campur dengan ayam, kurang rasa sedapnya. Lidah sudah bertukar rasa. Sekian, jalan-jalan cari makan kali ini 

Pencuri Makanan di Malam Hari

 Assalamualaikum semua. Akhirnya dapat juga tangkap pencuri di malam hari ini. Ketika orang baru masuk tidur, dia naik ke bumbung dan masuk dalam rumah dengan melompat. Kuat betul bunyinya.

Bila orang keluar dari bilik pandai pula menyorok. Ini pun ambil gambar dalam gelap. Tak sempat nak menyorok. Habis tudung makanan dibuka walaupun telah letak lesung batu atasnya. Lauk pauk bersepah di lantai. Makannya sedikit sahaja tetapi semua lauk diusik.

Isnin, 5 Ogos 2024

Kek Dulu-dulu

Assalamualaikum dan selamat pagi. Imbas kembali kenangan masa dahulu. Dulu selalu sangat buat kek coklat. Kek ini sedap sangat. Entah kenapa bila buat sekarang kurang menjadi. Masa kukus suka masuk wap dan kek jadi turun. 

Arwah mak suka kek biasa dengan kek coklat. Kek coklat tak perlu letak topping. Makan begitu sahaja arwah mak suka.

Masa ini arwah mak masih ada. Al- Fatihah untuk arwah mak.

Kenangan membuat kek bersama adik. Adik yang letak topping dan hias.  Kenangan yang cukup bermakna.

Jumaat, 2 Ogos 2024

Cuti Semester Bermula

Assalamualaikum dan selamat malam. Cerita petang tadi 2 Ogos 2024, ambil adik di stesen keretapi. Cuti semester baru bermula.

 
Singgah makan dulu di Village Cafe. Kali ketiga makan di sini. Sedap dan tak ramai orang lagi. Malam nanti pasti ramai.
 
 
Makan nasi goreng daging RM6.50
 
 
Sedap dan menepati selera
 
 
Adik makan nasi goreng tomyam RM7

Ada masa lagi singgah pula ke kedai Eco. Shoping barang bakery sahaja. Nak beli baking paper tetapi terbeli printed baking paper. Ada beza yer. Adik sampai pukul 7.30 malam dan kami bertolak pulang.