Selasa, 29 Julai 2025

Jelly Kelapa Guna Stevia (Pengganti Gula)

Assalamualaikum dan selamat malam. Luangkan sedikit masa untuk menulis walaupun mata dan kepala berasa agak berat.  Meriah dengan kelapa muda pada minggu lepas. Abah bawa balik 4 biji kelapa muda. Kena potong semua kerana biarkan lama akan rosak. Semua ada 8 biji termasuk buah kelapa yang lama.

 
Bila air dan isi kelapa sudah banyak, kena fikirkan sesuatu nak buat apa selain minum begitu sahaja. Bukan selalu dapat buah kelapa sebanyak ini. Nak buat kuih kalakatar ianya manis dan kena makan cepat. Jadi tak sesuai kerana kami nak makan sikit-sikit sahaja.

Oleh itu terjadilah jelly kelapa. Mujur ada stok agar-agar di rumah. Jika tidak tak jadilah nak buat kerana tiada orang nak pergi ke kedai. Alhamdulillah sedap jelly kelapa ini. Letak stevia sebab ganti gula. Sekarang tengah berusaha untuk cut sugar kerana nampak pelbagai penyakit akan timbul. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buatku..

3 ulasan:

  1. air kelapa memang sedap tak terkata, lebut ja air tu bila di minum..isi kelapa muda lembut memang sangat sedap macam jely kan...

    BalasPadam
  2. wahhh sedap ni...kadang kadang tak sedar dah habis

    BalasPadam
  3. segarnya dapat makan jelly kelapa sejuk-sejuk.

    BalasPadam