Rabu, 23 Julai 2025

Buah Kelapa Muda Lagi

Assalamualaikum dan selamat malam. Balik dari kerja, depan pintu rumah ada buah kelapa muda. Alhamdulillah, rezeki lagi. Masuk rumah tukar baju, masak nasi kemudian terus potong buah kelapa muda. Ambil dua biji sahaja. Jangan tamak sebab sudah nak malam.


Buah kelapa muda menyerah diri padaku... Selalu tengok di atas pokok sahaja. Nak panjat tapi tak mampu. Boleh jatuh tergolek. Terima kasih abang :)


Apabila kudrat wanita yang membelahnya. Pisau pun boleh melekat.  Habis hancur dikerjakan. Berusaha untuk dapatkan air dan isinya.

Isinya memang elok dan sesuai untuk dinikmati begitu sahaja. Tak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. 

3 ulasan:

  1. Segarnya dapat minum air kelapa muda.
    isinya pun nampak sedang elok muda remaja

    BalasPadam
  2. waduh enaknya minum dan makan kelapa muda. Kat kg sekarang buah macam tak ada aje ke kena makan dengan nyet.

    BalasPadam
  3. Sedapnya minum air kelapa pure makan pulak isi kelapa muda. Sedapnya la.

    BalasPadam