Jumaat, 25 Oktober 2024

Pokok Halau Babi

 Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini hujan, alhamdulillah. Sejuk sangat di pejabat sampai kena tutup satu aircond. Jika tidak boleh beku. Pergi toilet pun makin kerap. 

Pelik juga kenapa abang minat sangat nak tanam pokok ini. Tanya kenalan di status Whatsapp, pokok apakah ini? Ada kenalan yang tahu katanya pokok halau babi. Begitu rupanya. Memang banyak pun babi sampai nak buat sarang di belakang rumah.

Masa tengok anak pokok masih kecil di dalam polybag. Sekarang sudah tanam di tanah dan besar. Mudah juga pokok ini tumbuh.

Search di Google, namanya pokok turnera. Ditanam dari keratan batang. Cantik juga bunganya berwarna kuning. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan