Assalamualaikum dan selamat malam. Cuti hari ini dihabiskan masa dengan mengemas homestay dan juga membasuh baju abah. Penat memang penat tetapi mujur buat berdua bersama adik. Nak clearkan gambar dalam handphone. Tarikh pembelian 31 Disember 2024. Wow lamanya..
Sabtu, 31 Mei 2025
Tempah Makanan di Pondok Mama
Khamis, 29 Mei 2025
Ole-ole dari China
Assalamualaikum dan selamat malam. Ole-ole dari rakan sekerja, Angie sempena percutiannya ke China. Terima kasih kerana sudi memberi ole-ole yang comel ini.
Bolehlah letak dalam bilik atau almari. Kalau letak di peti ais cepat sangat hilang kerana banyak tangan. Bila jatuh tak kutip balik. Begitulah selalunya. Lebih baik simpan ditempat sendiri.
Selasa, 27 Mei 2025
Ular Kelilingi Rumah
Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah setelah 5 hari ular mengelilingi dan juga masuk ke rumah, akhirnya mati juga. Hari pertama ular tersebut berada di halaman rumah, adik lelaki nampak. Hari kedua masuk ke rumah, nasib baik abah nampak tetapi ular menyelinap keluar melalui tiang kayu yang reput.
Hari Jumaat lalu, ular masuk dalam bilik mandi pertama. Ketika itu saya berada dalam bilik mandi. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik dapat selamatkan diri. Nak minta tolong orang pun tak boleh sebab berkunci.
Terakhir sekali ular masuk bilik air yang kedua iaitu yang selalu digunakan oleh abah. Abah nampak ular sedang makan katak di dalam bilik mandi ketika nak masuk bersihkan diri untuk solat Maghrib di masjid. Bayangkan jika abah tak nampak ular tersebut.. tak tahulah bagaimana...
Kalau ular sudah masuk ke rumah habis selerak semua barang. Almari yang berat perlu ditolak jika ular bersembunyi di situ. Mencabar sungguh kerana di rumah memang penuh dengan perabot dan barang.
Ular masuk dan kelilingi rumah kerana ingin mencari katak. Katak selalu masuk rumah dan juga bilik mandi. Selagi ada katak selagi itulah ular akan memburu.
Hari ini abah dapat bunuh seekor lagi ular. Abah masukkan katak dalam perangkap tikus. Bila ular ingin makan katak, ia akan masuk dalam perangkap tersebut. Bila sudah makan, perutnya kembung, jadi tak boleh keluar dengan cepat. Abah cepat-cepat bunuh ular tersebut kerana kepalanya boleh keluar tetapi perutnya tersangkut dalam perangkap. Itu sahaja cara untuk elak ular masuk dalam rumah. Harap tiada lagi ular yang lain. Cukup yang itu sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)