Ahad, 15 Jun 2025

Rezeki Aidilfitri 2025, Dapat Baju Raya

 Assalamualaikum dan selamat petang. Rezeki raya Aidilfitri 2025 lalu, seseorang belikan baju raya. Memang cadang tak nak beli baju raya tahun ini. Nak pakai apa yang ada sahaja kerana kurang sangat pakai. Kenduri pun jarang pergi. 

Terima kasih kerana belikan baju ini. Rezeki jangan ditolak. Semoga awak murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat.

Rabu, 11 Jun 2025

Coklat Pemberian Anis

Assalamualaikum dan selamat petang. Selalu orang yang berpindah atau berpisah yang akan terima hadiah. Tetapi kali ini terbalik pula. Orang yang berhenti kerja pula yang memberikan sesuatu kepada kawan-kawannya. 

Ini merupakan perpindahan kali kedua. Kali pertama kami kumpul duit beri jam tangan. Bila kali kedua ini tak terasa nak bagi sesuatu...

Terima kasih Anis kerana beri coklat enak ini. Sedap-sedap semuanya. Manis itu biasalah, nama pun coklat :)

Barangan Semasa Belajar yang dilepaskan

Assalamualaikum dan selamat petang. Kerja hakiki bertambah tetapi boleh pula tak pergi kerja. Risau sakit perut hingga tiada mood nak buat kerja. Memang ada juga sakitnya bila buat kerja duduk sahaja terutama di dalam bilik berhawa dingin. Semoga semua kerjaku dapat diselesaikan dengan baik semuanya esok.

Barang lama semasa di sekolah menengah dahulu. Menyimpan banyak kenangan. Tetapi kini harus dilepaskan kerana tiada guna lagi.

Memang susah nak buatnya ketika itu. Kalau tersilap tak menyala pula. Jika disuruh buat sekarang pun tak tahu juga rasanya.

Hanya orang yang pernah menggunakannya sahaja tahu apakah ini. Memberi kenangan sebelum pandai menggunakan komputer. Banyak penulisan yang telah dihasilkan. Gunakannya ketika sekolah menengah dulu.

Buku sekolah menengah dan juga universiti. Akan dibuang juga akhirnya. Harap rumahku makin lapang dan senang untuk dibersihkan.