Rabu, 11 Jun 2025

Coklat Pemberian Anis

Assalamualaikum dan selamat petang. Selalu orang yang berpindah atau berpisah yang akan terima hadiah. Tetapi kali ini terbalik pula. Orang yang berhenti kerja pula yang memberikan sesuatu kepada kawan-kawannya. 

Ini merupakan perpindahan kali kedua. Kali pertama kami kumpul duit beri jam tangan. Bila kali kedua ini tak terasa nak bagi sesuatu...

Terima kasih Anis kerana beri coklat enak ini. Sedap-sedap semuanya. Manis itu biasalah, nama pun coklat :)

Barangan Semasa Belajar yang dilepaskan

Assalamualaikum dan selamat petang. Kerja hakiki bertambah tetapi boleh pula tak pergi kerja. Risau sakit perut hingga tiada mood nak buat kerja. Memang ada juga sakitnya bila buat kerja duduk sahaja terutama di dalam bilik berhawa dingin. Semoga semua kerjaku dapat diselesaikan dengan baik semuanya esok.

Barang lama semasa di sekolah menengah dahulu. Menyimpan banyak kenangan. Tetapi kini harus dilepaskan kerana tiada guna lagi.

Memang susah nak buatnya ketika itu. Kalau tersilap tak menyala pula. Jika disuruh buat sekarang pun tak tahu juga rasanya.

Hanya orang yang pernah menggunakannya sahaja tahu apakah ini. Memberi kenangan sebelum pandai menggunakan komputer. Banyak penulisan yang telah dihasilkan. Gunakannya ketika sekolah menengah dulu.

Buku sekolah menengah dan juga universiti. Akan dibuang juga akhirnya. Harap rumahku makin lapang dan senang untuk dibersihkan.

Ahad, 8 Jun 2025

Salam Aidiladha 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat hari raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga bahagia selalu di samping keluarga dan mendapat rahmat daripadaNya.

Tempah kek untuk makan bersama keluarga. RM27 sahaja, kek budget..

Lama tak buat kek batik, buat 3 bungkus terus. Makan sampai puas. Nanti lambat lagi akan buat :)

Kek marble pandan gebu. Gebu sangat seperti kek span. Alhamdulillah.. Pertama kali cuba resipi ini. Minta pada kawan yang kenal sewaktu sekolah rendah dahulu.