Khamis, 9 Julai 2015

Kad Raya Pertama Tahun 2015

Kad Raya Pertama Tahun 2015

Terima kasih kepada sahabatku Siti Hajar kerana masih sudi memberi kad raya pada tahun ini. Nampaknya tahun ini masih juga tiada sebarang balasan dariku. 

Masa terlalu dekat untuk menyambut hari raya. Selain itu, tiada mood untuk menulis dan memberi kad raya. Tidak pernah terlintas difikiran untuk membeli kad raya walaupun kerap juga keluar membeli belah. 

Sudah bertahun tidak mengirim kad raya pada seseorang sama ada pada sahabat atau saudara. Kakak aku terkejut bila melihat aku terima kad raya "Eh..eh...lamanya tak tengok setem, lamanya tak tengok dan tak dapat kad raya "... Itu katanya...

Apa-apapun terima kasih Haja kerana memberi kad raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin :)

Isnin, 29 Jun 2015

Ular Bersalin Kulit dalam Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Syukur pada Ilahi kerana masih diberi kesempatan berpuasa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia :)

Seram tak dengan tajuk entri kali ini? Bagi aku, seram jugalah. Apatah lagi di dalam rumah. Kalau di luar rumah tidaklah terlalu takut kerana ia agak jauh dari kita.

kulit ular senduk

Gambar menunjukkan kulit ular senduk yang menyalin kulitnya di dalam rumahku. Syukur sangat ibu perasan akan kemunculan ular tersebut yang bersembunyi di bawah tikar. Ular tersebut berjaya dibunuh oleh my hero iaitu abah. Tq abah :)

Ahad, 14 Jun 2015

Jaga-jaga dengan Duit Anda

Assalamualaikum...

Alkisah aku shopping baju di sebuah pasaraya. Nak bayar, aku kasi RM50. Harga barang RM25 jer. Tiba-tiba cashier kata ada duit lain tak?

Haa?? Aku terkejut. Baru aku perasan duit RM50 yang aku beri padanya macam sudah buruk, lembik dan ada kesan cucuk-cucuk sikit dengan jarum. Gabra habis masa tu sebab aku bawa duit sikit jer. Memang aku dah prepare duit RM50 itu untuk belanja. 

Nasib baik aku simpan RM50 lagi dalam sampul raya. Duit itu aku nak simpan sebagai langkah berjaga-jaga sahaja bukan untuk belanja. Cashier itu asyik kata 'sorry'. Yelah depan dia aku ambil duit dalam sampul duit raya.

Aku seorang yang tak suka bawa duit banyak-banyak. Kadang-kadang ada RM50 je dalam dompet. Bayangkan duit itu reject, bagaimana? Terutama sekali bila barang yang tidak boleh dipulangkan kembali contohnya makan di restoren dan sebagainya.

Pengajaran yang aku dapat, kalau nak bawa duit sedikit pastikan ianya telah dipecahkan terlebih dahulu kepada duit sepuluh-sepuluh misalnya. Ianya lebih selamat.

Apa yang aku buat dengan RM50 tadi? Aku belanja dekat kedai runcit je. Sebenarnya laku jer duit tersebut, cuma cashier tu jer yang cerewet. Selalu yang reject duit yang aku pernah kena adalah orang Cina. Duit nampak buruk ada koyak sikit, tak nak terima. Siapa yang terseksa? Orang yang bayar la...

bunga segar

Gambar sekadar hiasan. 
Untuk tenangkan jiwa :)