Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2022. Baru berkesempatan menulis blog personal. Sibuk dengan kerja hakiki dan kemalasan diri. Tahun 2021 mencipta banyak kenangan tetapi kenangan yang terakhir adalah kenangan yang kurang enak. Lebih pada merajuk diri. Merajuk tetapi tiada siapa yang boleh pujuk.
Alkisah, kita punyalah sembang macam-macam pada BFF mengenai adik rakan sekelas yang akan melansungkan perkahwinan. Rakan sekelas itu merupakan sepupu saya juga. Jadi dia menyuruh saya menjemput BFF ke majlis kenduri adiknya. Saya pun menyampaikan jemputan sepupu saya itu pada BFF. BFF saya kata kenduri adik dia jer pun, jadi tak perlu pergi pun tak mengapa.
Tetapi alangkah terkejutnya saya dalam masa terdekat itu juga adik lelaki BFF melangsungkan perkahwinan. Dia tak cerita langsung pada saya dan rakan sekerja. Saya tahu mengenai majlis tersebut setelah melihat status kak iparnya di Facebook. Saya punyalah sembang mengenai majlis perkahwinan adik sepupu, dia buat diam sahaja. Kenapa dia rahsiakan? Saya kenal adiknya, walaupun tak mahu dipanggil kenduri cukuplah sekadar bercerita. Saya tidak kisah pun jika tidak dipanggil kenduri. Kenduri adik sepupu pun saya tak pergi kerana bekerja.
Apa yang lebih menyedihkan BFF saya yang seorang lagi dipanggil pula kenduri. Saya tanya juga nak pergi kenduri mana, tapi dia buat diam jer. Bila hari kenduri dan dia letak status di WhatsApp baru beritahu yang dia dipanggil oleh ayah BFF saya sendiri. Kenapa sebelum ini tidak jawab begitu?
Rakan-rakan sekerja turut terkilan kerana dia langsung tidak bercerita. Kami semua tak kisah jika tidak dijemput tetapi cukuplah sekadar bercerita. Kita faham sekarang ini Covid berleluasa, kenduri tak digalakkan buat besar. Saya sebagai BFF apatah lagi, cukup rasa terkilan. Apa yang nak dirahsiakan??
Luahan ini bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai tempat saya meluahkan rasa. Saya tahu saya banyak kekurangan dan bukanlah seorang sahabat yang baik. Apa-apapun semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan