Selasa, 5 Ogos 2025

Ular Salin Kulit Dalam Rumah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Ahad malam, ketika menonton televisyen terpandang sesuatu di dinding. Apa benda itu? Kulit ular atau ular? Nak kepastian daripada adik.

Adik kata nampak macam kelabu putih, mungkin kulit ular. Lagipun tak bergerak. Kami pun sambung menonton televisyen.

Gambar yang dizoom. Aduhai, dalam hati rasa risau. Dalam rumah pun ular boleh masuk. Siap panjat lagi. Abah kata ular biasa yang tangkap cicak. Bukan ular senduk atau yang berbahaya. Nama pun ular, mana boleh tak risau..huhu..

1 ulasan:

  1. seramnya emma, kena carik jugak tu bahaya. Ular kalau dah mengigit bisanya tu sangat bahaya, kakak ipar baru-baru ni kena patuk ular, kena potong jarinya.

    BalasPadam