Ahad, 23 November 2025

Semai Pokok Kesum

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini semai keratan batang pokok kesum. Semoga tumbuh dengan jayanya. Cukup satu pasu tengok perkembangannya sama ada hidup atau tidak. Pokok kesum jika tak cukup air memang akan mati. Kena siram selalu.


Laptop sudah siap dibaiki tetapi belum ambil lagi.  Kelmarin tak perasan ada panggilan, tak tengok phone kerana sibuk di dapur. Handphone pula silent. Hari ini pula kedai tak buka. Hari Rabulah pergi ambil jika berkesempatan.

Selasa, 18 November 2025

Laptop Kesayangan Rosak

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Laptop kesayangan tiba-tiba terpadam ketika digunakan. Tekan butang on semula tetap tidak hidup. Nampaknya kena bawa pergi baikilah.


Pergi ke kedai Malik Komputer untuk baiki laptop. Mainboard problem (no power), ambil masa satu hingga dua minggu untuk dibaiki. Anggaran kos baiki RM300. Terpaksa bersabar ketiadaan laptop disisi. 

Cerita lain pula smart watch pink sudah dipulangkan kembali pada penjual. Pedometer rosak, bergerak laju. Penjual nak bagi pampasan RM3 jika tidak pulangkan. Tetapi bila fikir kembali buat apa simpan jam yang rosak. Tujuan utama untuk guna pedometer bukannya waktu. Jam biasa banyak di rumah. Selain itu bateri jam tak tahan lama. Paling lama 5 jam untuk penggunaan biasa. Oleh itu baik pulangkan sahaja daripada hidup dalam stress. Nasib jam murah, kalau jam mahal buat hal lagi stress.. hihi..

Jumaat, 14 November 2025

Scam Buah Mangga?

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Rasa macam kena scam, kena pukau dan sebagainya. Tapi tidak pun..hihi.. Kisahnya begini rasa teringin nak beli buahan tapi tak tahu buah apa. Berhenti gerai buah yang pertama tengok segar-segar buahnya. Nanti patah balik baru beli sebab berat. 

Jalan-jalan lagi berhenti gerai buah kedua dan yang terakhir. Tak banyak gerai buah di pasar malam itu. Tengok buah mangga. Memang semua buah mangga sudah buruk. Ada lebam hitam dan lembik. Memang buah mangga itu sudah rosak tapi boleh dimakan lagi dengan membuang bahagian yang rosak.

Pakcik yang menjual beritahu buah ini masih elok dan boleh makan. Buah hitam-hitam ini lagi manis katanya. Saya kata tak naklah sebab dah buruk. Boleh lagi katanya sepinggan RM5 sahaja. Dia suruh pilih nak pinggan yang mana dan bagi lagi extra. 

Balik ke rumah rasa tak lalu pula nak makan mangga itu. Terlalu ranum nak ke masam. Bau pun kurang enak. Kenapalah dalam banyak-banyak buah segar di pasar malam yang buruk juga dipilih? Tapi gerai pakcik ini sahaja yang jual mangga.

Abah tegur, buah mangga disimpan sampai lupa nak makan. Padahal baru sahaja beli abah tak tahu..hihi.. Diamkan sahaja nanti kena gelak dan bebel.

Adik pula kata kena scam sebab tak manis pun buahnya walaupun banyak hitam-hitam. Tak tahulah nak komen apa sebab diri sendiri pun rasa tak lalu nak makan..huhu..