Sabtu, 2 Ogos 2025

Almari Buku Antik

Assalamualaikum dan selamat malam. Siang tadi sibuk dengan aktiviti berkebun. Tukar tanah di dalam pasu dan juga menanam pokok sup dan pokok kunyit. Harap hidup dengan subur. Inilah dia almari buku antik. Ianya wujud sebelum kewujudanku lagi. Tahan sampai hari ini. Cuma sebelah pintu sahaja yang tercabut, tiada orang nak baiki.


Kemas-kemas buku kerana tukang alihkan almari untuk menukar dinding bilik. Baiki bilik pada 15 Mei 2025 yang lalu. Esoknya baru kemas almari buku dan juga barang lain.


Banyak buku dan majalah lama yang sudah tidak diusik. Di dalam almari ini hanya terpilih sahaja, yang lain simpan dalam kotak.  Jika tidak tak muat almari. Kumpul banyak-banyak baru dikitar semula. 

Khamis, 31 Julai 2025

Skuter Merah Keluar Jalan-jalan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Akhirnya skuter merah kesayangan dapat keluar jalan-jalan. Jika tidak asyik terperap di rumah sahaja. Sampai bersawang dibuatnya. Harap dia happylah dapat jalan-jalan.. hahaha.. kakak bawa keluar.


Satu-satunya kenderaan yang ada tetapi takut nak bawa sebab tak cekap. Sekarang menumpang orang sahaja. Rasa nak bagi kawan pinjam tetapi kadangkala ia digunakan juga. Family guna pun dapat kebaikan. Moga skuter merah sihat selalu :)

Selasa, 29 Julai 2025

Jelly Kelapa Guna Stevia (Pengganti Gula)

Assalamualaikum dan selamat malam. Luangkan sedikit masa untuk menulis walaupun mata dan kepala berasa agak berat.  Meriah dengan kelapa muda pada minggu lepas. Abah bawa balik 4 biji kelapa muda. Kena potong semua kerana biarkan lama akan rosak. Semua ada 8 biji termasuk buah kelapa yang lama.

 
Bila air dan isi kelapa sudah banyak, kena fikirkan sesuatu nak buat apa selain minum begitu sahaja. Bukan selalu dapat buah kelapa sebanyak ini. Nak buat kuih kalakatar ianya manis dan kena makan cepat. Jadi tak sesuai kerana kami nak makan sikit-sikit sahaja.

Oleh itu terjadilah jelly kelapa. Mujur ada stok agar-agar di rumah. Jika tidak tak jadilah nak buat kerana tiada orang nak pergi ke kedai. Alhamdulillah sedap jelly kelapa ini. Letak stevia sebab ganti gula. Sekarang tengah berusaha untuk cut sugar kerana nampak pelbagai penyakit akan timbul. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buatku..