Assalamualaikum dan selamat malam. Balik dari kerja, depan pintu rumah ada buah kelapa muda. Alhamdulillah, rezeki lagi. Masuk rumah tukar baju, masak nasi kemudian terus potong buah kelapa muda. Ambil dua biji sahaja. Jangan tamak sebab sudah nak malam.
Rabu, 23 Julai 2025
Buah Kelapa Muda Lagi
Selasa, 22 Julai 2025
Lampu Jalan Rosak
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selagi ada nyawa, lalui hari- hari dengan bersemangat. Walaupun pelbagai masalah mendatang dan bermain di fikiran. Pasti yang maha berkuasa akan membantu.
Alhamdulillah selesai sudah satu masalah. Jika tidak abah asyik tanya bila nak call TNB. Lampu jalan tak bernyala. Gelap- gelita abah pergi dan balik masjid.
Pihak TNB akan tanya nombor tiang elektrik. Jadi kena bersiap sedialah nanti kalut nak mencarinya.
Mereka ambil masa 24 jam setelah laporan dibuat. Call hari Ahad, hari Isnin baru baiki. Pihak TNB telefon dan minta hantar lokasi. Alhamdulillah malamnya lampu sudah menyala. Tak tengok kehadirannya kerana berada ditempat kerja.
Ahad, 20 Julai 2025
Rezeki Dapat Ikan Haruan
Assalamualaikum dan selamat petang. Rezeki hari ini dapat ikan haruan yang siap disiang, hanya basuh dan masak sahaja lagi. Abang sebelah rumah bagi. Abang sudah tahu adik-adiknya tak akan bersiang ikan hidup.
Sebelum abang kahwin pun memang abang yang siangkan ikan untuk kami. Ikan air tawar sahajalah. Kalau ikan beli di pasar kena siang sendirilah. Abang memancing dan juga pasang bubu untuk dapatkan ikan. Alhamdulillah rezeki...
Langgan:
Catatan (Atom)