Jumaat, 18 Julai 2025

Beli Ayam Gunting di Pasar Petang Khamis

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Cerita kelmarin, pergi pasar petang Khamis beli bebola ikan dan ayam gunting.


Ayam gunting RM5 dan bebola ikan RM3. Kali kedua beli ayam gunting dengan penjual yang berlainan. Kali pertama beli di Tanjung Piandang. Makan sekeping kemudian pergi mandi dan solat. Adik mesej tanya mana ayam gunting. Rupanya telah dilarikan oleh Si Pin Yangg, kucing yang selalu masuk rumah.

Memang rezeki kucing nampaknya. Mujur dapat rasa juga. Beli RM10 pula, memang tiada rezeki.

Kali kedua ini simpan terus bawah tudung saji. Letak pemberat agar tak dapat ditolak. Ayam gunting pasar kurang enak. Tebal dan liat dengan tepung sahaja. Saya memang tak pernah makan ayam gunting, jadi tak tahu rasa sebenar.

Ahad, 13 Julai 2025

Mengacau Bubur Asyura di Surau

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini berasa sangat penat. Seorang introvert tetapi memaksa diri untuk bergaul dengan masyarakat. Apatah lagi tidak mengenali orang tetapi orang mengenali diri ini. Pergi berdua dengan adik.  Biasalah orang kampung mesti kenal anak siapa. Selalunya arwah mak yang menyertai aktiviti masyarakat ini. 

 
Kacau bubur lambuk atau bubur nasi

Ini pula bubur asyura manis

Kalau masa kecil-kecil dahulu bila sudah siap masak, makan di situ sama-sama. 
Tetapi kali ini semua bungkus bawa balik sahaja.

Penduduk kumpul duit seorang RM20 untuk membuat bubur asyura ini.

Bubur lambuk sudah siap

Tunggu satu bubur lagi pula belum masak

Jumaat, 11 Julai 2025

Senja-senja Potong Buah Kelapa Muda

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kelmarin balik dari kerja, nampak ada 4 biji buah kelapa muda di halaman rumah. Adik kata abang yang kait dari pokok.

Tunggu apa lagi, tukar baju terus potong kelapa muda untuk dapat air dan isinya.
 
Bukan selalu dapat rezeki begini. Rezeki di depan mata. Hanya perlu potong sahaja lagi. Nikmati segar tanpa ais dan juga  gula.