Khamis, 29 Mei 2025

Ole-ole dari China

Assalamualaikum dan selamat malam. Ole-ole dari rakan sekerja, Angie sempena percutiannya ke China. Terima kasih kerana sudi memberi ole-ole yang comel ini.

Bolehlah letak dalam bilik atau almari. Kalau letak di peti ais cepat sangat hilang kerana banyak tangan. Bila jatuh tak kutip balik. Begitulah selalunya. Lebih baik simpan ditempat sendiri.

Alhamdulillah bertambah koleksi dari luar negara. Harap ada lagi selepas ini :)

Selasa, 27 Mei 2025

Ular Kelilingi Rumah

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah setelah 5 hari ular mengelilingi dan juga masuk ke rumah, akhirnya mati juga. Hari pertama ular tersebut berada di halaman rumah, adik lelaki nampak. Hari kedua masuk ke rumah, nasib baik abah nampak tetapi ular menyelinap keluar melalui tiang kayu yang reput.

Hari Jumaat lalu, ular masuk dalam bilik mandi pertama. Ketika itu saya berada dalam bilik mandi. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik dapat selamatkan diri. Nak minta tolong orang pun tak boleh sebab berkunci. 

Terakhir sekali ular  masuk bilik air yang kedua iaitu yang selalu digunakan oleh abah. Abah nampak ular sedang makan katak di dalam bilik mandi ketika nak masuk bersihkan diri untuk solat Maghrib di masjid. Bayangkan jika abah tak nampak ular tersebut.. tak tahulah bagaimana...

 Kalau ular sudah masuk ke rumah habis selerak semua barang. Almari yang berat perlu ditolak jika ular bersembunyi di situ. Mencabar sungguh kerana di rumah memang penuh dengan perabot dan barang.


Ular masuk dan kelilingi rumah kerana ingin mencari katak. Katak selalu masuk rumah dan juga bilik mandi. Selagi ada katak selagi itulah ular akan memburu. 

Hari ini abah dapat bunuh seekor lagi ular. Abah masukkan katak dalam perangkap tikus. Bila ular ingin makan katak, ia akan masuk dalam perangkap tersebut. Bila sudah makan, perutnya kembung, jadi tak boleh keluar dengan cepat. Abah cepat-cepat bunuh ular tersebut kerana kepalanya boleh keluar tetapi perutnya tersangkut dalam perangkap. Itu sahaja cara untuk elak ular masuk dalam rumah. Harap tiada lagi ular yang lain. Cukup yang itu sahaja.

Ahad, 4 Mei 2025

Akhir Ramadan 2025

Assalamualaikum dan selamat petang. Cerita akhir Ramadan 2025. Semua adik-beradik pulang beraya di kampung kecuali seorang adik lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur kerana terpaksa bekerja. Alhamdulillah meriah sangat tahun ini. Berkumpul beramai-ramai. 

Adik ipar kakak sponsor kambing perap kepada kami sekeluarga. Dia juga turut beraya di sini. 

Satu bungkus harganya lebih kurang RM50.

Bakar guna air fyer pun ada juga...

Daging untuk masak rendang di hari raya

Ramuan untuk masak rendang daging dan ayam

Tembikai untuk berbuka puasa


Kambing perap yang sedang dibakar. Adik ipar iaitu Fauzi jadi tukang bakar kambing.


Antara juadah yang ada. Kami memang tak makan nasi. Hanya makan kambing begitu sahaja.