Ahad, 15 November 2015

Hasil Tanamanku, Halia Sejemput

Assalamualaikum.... 

Lamanya rasa tak update blog.. Bukan faktor kekangan masa tetapi tidak melanggan internet. Hidup kena berjimat apatah lagi dengan adanya GST. Nak topup RM5 pun dah kena 30 sen...

Halia

Halia yang ditanam dalam botol plastik. First time tanam pokok halia sebenarnya. Daunnya amat digemari serangga sampai berlubang-lubang. Kaedah tanaman ialah ambil sahaja halia dan tanam. Biar nampak sedikit halia yang ditanam, jangan sampai timbus habis dalam tanah.. okey...

Halia

Kalau tiada langsung halia di rumah bolehlah ambil. Tak payah susah-susah pergi kedai semata-mata mencari halia...

Sabtu, 24 Oktober 2015

3 Biji Kek (Kek 1 Malaysia)

Assalamualaikum...

Kek tiga minggu lepas, baru nak publish di blog. Kenduri arwah di rumah Tok, buat besar jugak kendurinya. Satu ekor lembu. Makanan banyak tidak terkira. Orang yang bertandang juga bawa pelbagai makanan.

3 Biji Kek Satu Malaysia

Kek pisang, kek coklat dan kek pelangi.. Erm...sedapnya.. masuk bakul angkat sendiri :) Kek mewakili 'Satu Malaysia' kerana ada Melayu, Cina dan India. Cuba teka mana satu kek untuk Melayu, Cina dan India? Hanya gurauan semata okey :)

kek pelangi

Kek pelangi.. tapi rasa tak puas hati kerana kurang gebu.....

Khamis, 24 September 2015

Salam Aidiladha 1436H

Assalamualaikum....

Selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam. Selamat menunaikan ibadah korban dan selamat menunaikan ibadah haji kepada jemaah yang terlibat. Syukur kerana kita masih bernafas dan diberi ruang untuk terus beribadat dan melaksanakan amal kebaikan...

Bagaimana ibadah korban di tempat anda? Di kampung saya, alhamdulillah sudah selesai mengorbankan 3 ekor lembu dan sedang diagihkan kepada penduduk dan golongan yang berhak. Sekarang masa untuk menyediakan masakan untuk kenduri. Juadah utamanya tentulah sup lembu.

kuih raya aidiladha 2015

Dalam kemalasan, siap juga kuih di atas. Satu sahaja kuih 'tunjuk'...Cuba teka yang mana satu? Setakat ini tiada lagi tetamu yang datang. Mungkin sibuk dengan ibadah korban. Kanak-kanak juga tidak menunjukkan diri lagi. Tanggapan mereka 'raya haji orang tak bagi duit'... Kalau bagi pun sikit sahaja... Macam-macam kanak-kanak zaman sekarang !!!

tulang rusuk lembu

Tulang rusuk lembu... sedap dibuat sup..nyummmy... 
Sekian.... Jemputlah datang beraya...