Isnin, 3 Ogos 2015

Sukarnya Mencari Kasut yang Berselerak di Rumah Kenduri

Assalamualaikum...

Adakah anda pernah mengalami kesukaran seperti saya? Tentu pernah jika anda masuk ke rumah pengantin dan menanggalkan kasut anda. Jika makan di khemah atau di hotel-hotel semestinya tidak pernah kerana tak payah buka kasut pun...hehe...

Bayangkan hari hujan, permukaan tanah yang basah, kasut banyak dan berselerak, kotor terkena tanah, tunggang-terbalik. Aduh, susahnya nak cari kasut... Serabut nak cari... Tapi nasib baik ada adik, dia yang cari kedua-dua belah... Lama juga kami mencarinya.

Ada yang mencadangkan supaya bawa plastik dan menyimpan kasut di dalam beg plastik sebelum masuk ke dalam rumah pengantin. Kalau dulu, sebelum kewujudan khemah di kampung saya, memang selalu bawa beg plastik sebelum pergi kenduri. Tetapi sekarang, nampak tiada orang buat lagi. Segan juga kannnn....

Memang lain sangat kenduri dulu dan sekarang. Kalau dulu takdenya makan layan diri ni. Semuanya berhidang. 3 atau 4 orang satu talam. Best makan begitu lagi bagi saya....

pengantin baru

Gambar ini sahaja yang mampu diambil. Kenduri rumah jiran. Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Selamanya...

Murahnya Rezeki di Bulan Syawal

Assalamualaikum...

Begitu banyak open house dan kenduri kendara di bulan Syawal yang indah ini. Terpulang kepada kita sama ada hendak hadir ataupun tidak. Tetapi untuk tidak menghampakan orang yang menjemput, sebaik-baiknya kita hadir dan meraikannya.

Malaysia memang kaya dengan makanan. Sana-sini makanan tak habis dan masih elok tetapi dibuang. Sayang sangat. Membazir amalan syaitan... Jadi, nak buat open house biarlah berpada-pada dan jangan sampai membazir pula :)

buku diari dan cd agama

Rezeki saya pada bulan Syawal ini, pemberian adik angkat kesayangan. Kalau adik angkat datang ke rumah tak pernah datang dengan tangan kosong. Naik segan saya jadinya. Kuih-muih, buku, cd dan yang paling best beri duit raya pada kakak angkat. Kakak angkatnya tak kerja dan single lak tuh...hehe... TQ sangat...

Ahad, 26 Julai 2015

Kuih Raya Aidil Fitri 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sedar tak sedar esok sudah 11 Syawal. Adakah anda sudah berpuasa sunat Enam? Saya masih belum berkesempatan. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua. Maaf Zahir dan Batin.

Sengaja nak tayang gambar biskut di blog ini sebagai kenang-kenangan. Ada yang sudah habis tinggal habuk dan bekas. Kuih raya pada tahun ini biasa-biasa sahaja seperti tahun-tahun lepas. Mood nak membuat kuih raya ke laut. Tiada resipi baru dan istimewa. 

kuih raya
Kuih raya tak seberapa

kuih raya
Himpunan kuih raya

Selain itu, saya juga bertukar-tukar kuih raya bersama jiran. Gambar di bawah adalah biskut raya yang diberikan oleh jiran. Kuih tradisonal turut ada iaitu kuih bahulu dan halwa maskat. Sedap tuh !!

kuih raya