Ahad, 8 September 2024

Kuih Kasturi atau Cucur Kacang Hijau yang Enak

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sudah lama teringin buat kuih cucur kacang hijau atau kuih kasturi ini. Asyik bertangguh dan tak jadi sahaja. Takut tak jadi. Risau terlalu manis atau tiada rasa. Risau juga kuih jadi terlalu keras. Pernah buat jadi keras kerana terlajak tepung.

Tapi kali ini alhamdulllah menjadi dengan sedapnya. Lembut dan rasanya secukup rasa. Rasa manis yang diperlukan. Puas sangat makan bila dapat buat sendiri.

Mula-mula buat guna tangan sahaja iaitu buat bulat dan tekan bagi leper. Sapu tangan dengan minyak masak agar tangan tidak melekat dengan doh.

Kemudian teringat rakan tempat kerja kata terap dengan bekas atau acuan bulat lebih cepat dan mudah. Apalagi terus cari peralatan yang diperlukan.

Inilah hasilnya, semestinya lebih mudah dan mempunyai saiz yang sama besar.

Tinggal sikit sahaja lagi. Kalau guna tangan untuk buat bentuk memang penat dan lambat.

Gunakan gelas untuk menerap doh. Gelas sahaja yang ada dan terlintas di hati.

Buat banyak, goreng garing hanya sepinggan. Selebihnya digoreng sebentar dan simpan dalam peti untuk proses sejukbeku. Bila lapar nanti, boleh goreng.

1 ulasan:

  1. eloklah guna gelas, comel sikit bulatannya. kalau guna cawan or mug karang besar pulak. ni antara kuih faveret ammi juga ni

    BalasPadam