Sabtu, 9 Disember 2017

Bagaimana Nak Pulihkan Blog yang di Hack?


Di kala ini hati berasa amat gundah gulana kerana blog kesayangan telah di hack. Blog Sajian Hati yang telah di hack Blog itu tidak dapat diakses dengan selamat. Macam mana nak buat nie? Ada sesiapa boleh bantu tak?

Adakah kerana iklan terlalu padat dan pesat hingga blog dimasuki virus? Sememangnya iklan sangat banyak dalam blog itu. Hingga mengganggu para pengunjung...

Boleh dikatakan semua blog saya mengalami masalah. Blog Manis Strawberi juga turut bermasalah dan alhamdulillah telah berjaya diatasi. Bayangkan bila buka blog ini bukan blog ini yang keluar tetapi ia pergi ke link lain iaitu ke link Kartikel.

Oleh itu, saya buang kesemua ping blog yang menggangu dan juga html kartikel. Kini blog ini sudah ok dan berharap tidak berulang lagi... Jika ada yang sudi, bolehlah membantu memberi buah fikiran...


Ahad, 26 November 2017

Kuih Denderam Menjadi Kegemaran Sejak Dulu

Bila tengok kuih denderam @ kuih telinga hindu @ kuih cucuq peneram di kedai makan terus rasa terliur. Kalau beli satu nak dua, beli dua nak tiga, beli tiga rasa nak sepuluh... Alamak, memang tak puas makan la macam nie. Baik buat sendiri di rumah boleh makan banyak sampai puas.


Maka terjadilah kuih ini yang sedap sangat.. Bila makan panas-panas ranggup di luar dan lembut di dalam. Bila sejuk dan bagi masuk angin kuih ini akan jadi lembut. Tetap sedap.. Tak perlu perap lama sangat, bila tepung sudah sejuk, uli, tekan dan goreng. Bayangkan pukul dua bancuh, pukul empat sudah start goreng...


Resipi kuih daripada nenek tersayang. Nak tengok resipinya klik di sini. Hasilnya tak pernah mengecewakan. Sedap sangat, almaklum resipi daripada orang yang berpengalaman....

Ahad, 19 November 2017

Tamatlah Sudah Drama Mat Rukun di TV9


Sedihnya bila drama kegemaran sudah tamat. Memang best sangat cerita nie. Kelakar habis ceritanya di samping memberi pengajaran dan ilmu pengetahuan. Semua watak yang dilakonkan memang menjadi. Walaupun watak hantu..hihi...

Cakap Utara mereka juga sedap didengar. Sesungguhnya cakap Utara memang senang ditiru dan dituturkan. Pemandangan Gunung Jerai dan sawah padi yang terbentang luas juga menyejukkan pandangan yang melihat. Cantik betul tempatnya...


Lagu temanya pun best. Semoga ada sambungan untuk drama ini. Mat Rukun 2..hihi... Teringat sangat khemah kecil yang tergantung boleh muat sampai tiga orang. Dengan nampak luas bukan main. Lawak sungguh la... Orang yang tengok sahaja boleh faham apa yang saya maksudkan...

Apa-apapun tahniah kepada mereka yang berjaya menjayakan Slot Kelakarama ini. Terbaik... Rindu pada pelakon-pelakon dalam drama ini..