Ahad, 7 Julai 2024

Baiki Loket Arwah Emak

Assalamualaikum semua. Entri kedua untuk malam ini. Loket ini saya jumpa semasa mengemas rumah dan almari yang telah buruk. Loket ini putus, sebab itu hilang atau disimpan kerana tidak dapat digunakan. Tanya kakak adakah loket itu miliknya. Kakak kata bukan. Jadi rasanya mestilah arwah mak kerana nama mak bermula dengan huruf S.

Saya telah baikinya, kena RM45. Sesuai sangat kerana nama saya juga bermula dengan huruf S. 

Alhamdulillah ada juga peninggalan daripada arwah emak walaupun bukan dari tangan mak sendiri. Semasa sakit, sebelah subang tidak dijumpai hingga hari ini.

  
Harga emas pada 23 Jun 2024 yang lalu. Boleh tahan harganya. Dengan ekonomi sekarang, sukar untuk membeli barang kemas.

Buah Strawberi dari Kakak Sulung

 Assalamualaikum dan selamat malam. Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam. Esok kena bekerja seperti biasa tidak seperti kakitangan kerajaan yang lain. Hari ini seharian sakit kepala, pening dan sakit kepala sejak dari malam tadi lagi. Bila salah makan sahaja sakit kepala. Sikit saja makannya tetapi kesannya lama. Hari ini masa dibazirkan begitu sahaja tanpa membuat apa-apa aktiviti. 

Tetapi anak buah baby Afia ada balik. Malangnya takut nak mendekatinya kerana badan rasa kurang sihat. Risau kalau jadi apa-apa padanya. Tengok dari jauh sahajalah. Cuit kaki jer sikit.

Kakak pergi Cameron bersama kawan-kawannya. Kirim pada kawannya yang tinggal berdekatan kerana kakak tidak pulang ke kampung. Alhamdulillah dapat juga merasa.

Ada jagung, strawberi, buah-buahan kering dan juga satay. Sempat ambil gambar buah strawberi jer.

Kakak sudah faham sangat bila balik kerja kena masak. Bila kakak kirim satay, malam itu kami tak perlu masak. Makan nasi dengan satay sahaja. Alhamdulillah...

Jumaat, 5 Julai 2024

Jalan Kampung Halaman Rosak Teruk

Assalamualaikum dan selamat pagi. Mata mengantuk tetapi perut masih kenyang sebab baru makan. Awal tadi tertidur tetapi masih belum makan. Jadi bangun tidur terus makan. Risau masuk angin ketika tidur nanti, lagipun perut rasa pedih. Tak lapar tapi perut rasa pedih sangat. Moga dijauhkan segala penyakit. 


Alahai tengoklah jalan di rumahku. Rosak teruk jadinya. Kena berhati-hati ketika melalui jalan ini. Jika masuk lubang tak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi.


Bila nak baiki pun tak tahulah. Baru sikit sahaja jalan di hadapan dibaiki. Kemudian stop dan tak baiki lagi untuk jalan seterusnya. Pelik betul ke mana pula menghilang. Semoga jalan ini cepat dibaiki dan tidak mudah rosak.