Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini rasa teringin makan macam-macam yang sedap-sedap. Tetapi masalahnya bila sampai ke kedai tak jadi nak beli. Rasa hilang rasa teringin itu.
Contohnya teringin nak makan donat bila fikir balik takut tak sedap, tak puas makan sebab sedikit dan rasa tak berbaloi nak beli. Tahu sebab apa? Teringin nak buat sendiri dan boleh makan banyak dengan puas. Lagipun kaedahnya agak mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Oleh itu sampai sekarang tak beli donat kerana nak buat sendiri.
Masalahnya bila nak buat sendiri perasaan malas, tak cukup masa, penat dan sebagainya. Jadi tak terbuat sampai sekarang.
Begitu juga dengan makanan yang lain, sanggup tak beli kerana fikir nak buat. Tapi masalahnya tak buat juga. Haha..
Campuran tiga makanan bergoreng iaitu maggi, mee dan bihun. Mee dan bihun beli di kedai yang berlainan. Maggi pula dimasak oleh adik bongsu.
Kenapalah suka tulis tentang makanan saja? Sebabnya makananlah yang hari- hari benda yang kita fikirkan. Betul tak?
Semoga blog dan akaun sosial yang lain jauh dari sebarang dosa. Blog adalah diari untuk diri sendiri dan dikongsi bersama pembaca. Bukan niat untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan untuk diri sendiri. Apa yang dilalui itulah yang ditulis untuk tatapan. Sekian.