Assalamualaikum dan selamat pagi. Tengahari kelmarin dah jemu makan nasi, layan cucur bawang pun sedap.
Alhamdulillah menjadi buat cucur kali ini, lembut sampai ke petang. Puas makan. Dapat kucai hasil tanaman sendiri. Nak makan potong jer. Abang kata ada kuah kacang lagi sedap. Tak mampu nak buat, cicah sos cili atau sambal tumis sudah..hihi..
Isnin, 18 November 2024
Sabtu, 16 November 2024
Makanan dari Bakal Kakak Ipar
Assalamualaikum semua. Walaupun belum pernah bersua muka dan bertegur sapa, bekal sampai dulu. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Abang bawa balik, katanya dari bakal kakak ipar. Mungkin lauk kenduri adik kata.
Semoga dipermudahkan urusan mereka membina mahligai cinta.
Insyaallah 24 November mereka akan bertunang. Semoga baik-baik sahaja.
Photobook Besar Sudah Sampai
Assalamualaikum dan selamat petang. Hujan pula petang ini tetapi tak lebat. Bahang panas masih terasa. Alhamdulillah siap dan sampai juga photobook yang dinanti. Entri sebelum ini klik di sini masih lagi memilih dan menyusun gambar. Sekarang sudah sampai.
Langgan:
Catatan (Atom)