Selasa, 23 Disember 2025

Bekal 23 Disember 2025

Assalamualaikum dan selamat petang. Sudah dua hari bawa bekal nasi goreng ke tempat kerja. Goreng pagi-pagi walaupun rasa agak kalut. 

Tumbuk bawang putih dengan ikan bilis. Tumis dan masukkan cabai mesin. Stok cili padi sudah habis di rumah. Guna cili kering mesin sahaja. Letak garam dan serbuk Hilal sedikit. Sarapan dan bawa juga bekal nasi goreng ini.

Beli kuih sikit, alhamdulillah kenyang. Masalahnya lepas makan rasa mengantuk pula. Sukar juga nak tahan mata dari terpejam. Mata jadi pedih. Dugaan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan