Selasa, 23 Disember 2025

7 Tahun Lebih Bersama Shopee

Daftar Shopee pada 19 Mac 2018. Risau juga barang yang dipesan tak sampai di rumah kerana tak pernah beli online.

Membuat lebih 108 pesanan sepanjang tempoh 7 tahun ini. Seronok sangat barang yang dipesan sampai depan rumah. Tak perlu nak keluar rumah lagi. Semuanya di hujung jari.

Barang pertama yang dipesan ialah acuan biskut samperit. Sukar untuk dapatkan di kedai biasa acuan tersebut.

Barang paling mahal pernah beli ialah bread maker. Ketika itu masa PKP, masuk kelas online belajar buat roti. Jadi untuk praktikkan beli bread maker agar dapat  buat sendiri di rumah.

Berbelanja lebih RM 3,296 sepanjang tempoh 7 tahun lebih. Rasanya belanja di TikTok lebih banyak dari Shopee kerana asyik teracun di live. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan