Sabtu, 22 Jun 2024

Ibadah Korban 2024

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Cepatnya masa berlalu pagi ini, sekarang hampir pukul 12 tengahari. Satu kerja pun tidak jadi lagi. Hanya sempat membasuh dan menyidai pakaian sahaja. Kelmarin cuaca sangat sejuk kerana hujan. Alhamdulillah..

Cerita mengenai ibadah korban pada tahun ini. Abah yang masuk korban pada tahun ini dengan masuk satu bahagian lembu. Kalau tak silap kena bayar RM900 termasuk perbelanjaan untuk kenduri.

 

Lembu yang telah dikorban di surau kami pada tahun ini. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.

Daging korban yang diperolehi. Disimpan dalam plastik, 1 kg satu beg plastik.


Tulang bolehlah buat sup. Makan sekeluarga. Kakak dari Putrajaya dan Kuala Kangsar, turut balik pada kali ini. Hanya adik lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur sahaja tidak balik.

5 ulasan:

  1. Rabia buat sup daging utk bwk bekal ke tempat kerja

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, syukur... semoga ibadah korban kite diterimaNya.. ameeennnn

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Ammi takde rezeki buat korban tahun ni tp banyak juga dpt daging dan tulang. Ada juga yg nak bagi organ tp kita tolak awal2 sbb tak reti nak makan

    BalasPadam