Assalamualaikum....
Ini adalah entri kedua untuk hari ini. Entri pertama saya bertajuk Apabila Status Nuffnang Non-Glitterati. Entri pertama adalah lebih kepada persoalan mengapa ianya berlaku? Perasaan terkejut dan sebagainya.
Entri yang kedua ini adalah untuk menjawab kepada persoalan tersebut. Inilah jawapan daripada tiket yang dihantar kepada pihak Nuffnang.
Terima kasih James Khor yang menjawab pertanyaan saya itu. Tq juga kepada Nuffnang. Oleh itu, terjawablah sudah segala persoalan.
Memang tidak dinafikan bahawa blog saya iaitu blog Ilham Fotografi tidak mempunyai pelawat dan kurang aktif. Blog tersebut merupakan blog saya menyimpan gambar-gambar yang telah diambil untuk tatapan sendiri dan juga keluarga. Pembaca blog memang kurang menggemarinya pada pandangan saya.
Tindakan yang saya lakukan adalah dengan memadam sahaja blog tersebut dari akaun Nuffnang. Sayang memang sayang tetapi ia telah menjejaskan status Nuffnang.
Blog ini pun kurang pelawatnya. Menulis sebab minat dan ingin mencuba. Jadi, saya akan terus menulis walaupun orang anggap blog 'syok sendiri'. Saya minat dan saya akan teruskan. Blog dijadikan diari untuk mengisi kisah kehidupan.