Isnin, 1 Disember 2014

Tamatlah Sudah Riwayat Handphone Samsung Galaxy Y

Assalamualaikum...

Hari ini mood sedih. Apabila barang yang kita gunakan setiap hari, rosak dan tidak berfungsi lagi. Aku beli phone nie masa ianya masih mahal dan sekarang nie phone nie memang ketinggalan zaman abis... mempunyai wifi, boleh melayari internet dan touch screen. Sekarang ini ianya dah rosak.. Argghhh...

samsung galaxy Y

Suka sangat guna phone nie, walaupun murah tetapi banyak kegunaan. Senang nak dijaga dan bawa ke mana-mana sebab ianya kecil.

samsung galaxy Y

Selesa sangat menggunakannnya. Cuma kameranya cuma 2 MP rasanya. Tapi okeylah daripada takde. Aku jarang guna kamera handphone. 

Tapi, aku masih bersyukur kerana handphone yang rosak bukan laptop. Syukur sangat sebab laptop aku pun dah lama. Lagi lama dari handphone tersebut..huhu... Sekurang-kurangnya aku dapat update blog lagi. Syukur, alhamdulillah....

Rabu, 26 November 2014

Jadilah Seorang yang Amanah

Assalamualaikum...

Aku nak cerita kisah aku yang dulu-dulu. Masa tengah study. Muda remaja gitu. Kalau aku nak cerita kisah peribadi, aku lebih suka guna perkataan 'aku' berbanding 'saya'. Why? kerana aku lebih selesa dan menunjukkan tidak formal.

Alkisahnya, aku nak balik Universiti setelah bercuti di kampung. Jadi perasaan memang sedih la terpaksa berpisah dengan family. Sedih tau.. Aku pun beli tiket bas di kaunter, bagi RM10 dan harga tiket RM3.90. Dia bagi tiket kat aku, aku ambil dan terus duduk di kerusi depan kaunter bas tersebut. Memang aku still nampak lagi tukang jaga kaunter tersebut iaitu perempuan India.

Aku terlupa untuk ambil baki wang. Hati aku rasa macam tertinggal sesuatu jer. Ada barang ke tinggal kat rumah. Dompet, duit barang-barang lain semua ada. Selepas itu, aku kira duit aku.. Ermm..nape tak cukup. Aku ingat aku bawak banyak mana. Baru aku teringat aku tak ambil duit baki lagi.

Aku pun pergi ke kaunter untuk minta baki. Boleh pula penjaga kaunter tu kata, mana ada.. takde pun.. Dia boleh pula tak mengaku. Lama jugalah dia menafikannya. Aku dah tak larat nak minta. Akhirnya, dia bagi juga kerana aku yakin dan tegas. Cuba aku tak yakin, mesti dia ambil duit itu.

Boleh pula macam tu. Aku duduk depan dia nak panggil pun boleh untuk pulangkan baki. Tak pergi mana-mana pun lagi. Bas pun belum sampai. Ada hati nak 'ambil' duit itu la kot...


anak kucing
Gambar sekadar hiasan

"Ingat ya, jadilah seorang yang amanah dalam kehidupan ini...
Kita jaga hak orang dan Tuhan akan jaga hak kita"...

Karipap Frozen @ Sejukbeku

Assalamualaikum...

Karipap sejukbeku memang menjadi pilihan utama kepada wanita yang sentiasa sibuk pada masa kini. Malah, suri rumah tangga sepenuh masa juga turut menggemarinya kerana ianya mudah dan cepat untuk disediakan. Apa yang penting ianya sedap dan tidak menjejaskan rasa seperti karipap biasa.

Jadi, kenapa perlu susahkan diri membuat selalu karipap yang terlalu cerewet dan sukar dibuat itu? Di sini saya ingin share cara membuat karipap sejukbeku. Dengan itu, kita hanya perlu berhempas pulas sekali sahaja untuk membuat karipap tetapi dapat menikmati keenakannya banyak kali setelah disejukbeku. Jom lihat resepi karipap dulu. 

Resipi Karipap Inti Ubi Keledek

Bahan untuk Kulit :
500 gram tepung gandum
Sedikit garam 
Air
4-5 sudu minyak atau marjerin (dipanaskan dan biarkan ia sejuk sedikit)


Bahan-bahan untuk Inti :
Ubi keledek (dipotong dadu)
Rempah daging (1 bungkus kecil)
2 sudu besar gula
1 ½ sudu garam halus
Garam secukup rasa
Bawang kecil 2 ulas (dipotong kecil)
Daun Kari
Ikan bilis ditumbuk atau isi ayam dipotong dadu


Cara Membuat Kulit :
1. Masukkan garam dan minyak ke dalam tepung. Gaulkan. 
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.


Cara Membuat Inti :
1. Tumis bawang dan daun kari hingga naik bau. 
2. Masukkan ubi keledek, ikan bilis @ ayam, garam, gula dan sedikit air.
3. Tutup kuali dan hendaklah dikacau selalu.
4. Tunggu hingga ubi empuk dan kering dan tutup api.
5. Kemudian bolehlah dicanai membentuk karipap.


karipap inti ubi keledek

karipap inti ubi keledek


Setelah selesai membuat karipap, goreng karipap tersebut dengan menggunakan api yang perlahan. Goreng sebentar sahaja jangan sampai garing. Cukuplah sekadar tepung di luarnya keras dan tidak akan melekat antara satu sama lain.

Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan ianya sejuk. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk ditempat beku.

Apabila ingin memasaknya, keluarkan karipap tersebut. Biarkan sebentar. Goreng seperti biasa menggunakan api yang sederhana sehingga garing.