Ahad, 5 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha :)


Assalamualaikum....

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Syukur alhamdulillah kerana dapat menyambut lagi hari yang berbahagia ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang mengerjakan ibadah Haji.

Selamat menjalankan ibadah korban bagi umat Islam yang berkorban pada tahun ini. Bagaimana ibadah korban di tempat anda? Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada-Nya.

Jika raya pasti tidak akan lari diminda dan difikiran kita tentang makanan. Betul tak? Awal-awal lagi kita sudah merancang untuk memasak apa di hari istimewa. Juadah hari ini ialah Laksa, Kari Ayam dan Ketupat. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan.

Kita di Malaysia patut bersyukur masih diberi nikmat cukup makan minum, kesihatan dan yang penting keamanan serta keharmonian dalam negara. Jadi, bersyukurlah apa yang dimiliki kini. Tanpa keamanan, Aidiladha yang disambut tiada maknanya :)

Jumaat, 3 Oktober 2014

Menang Cabutan Bertuah Kad Ria

Assalamualaikum...

Untuk pertama kalinya, menang cabutan bertuah yang melibat pembelian barangan. Pembelian barangan RM30 dan ke atas, memperoleh kupon dan seterusnya dipilih sebagai salah seorang pemenang. First time you all!! Alhamdulillah... Inilah hadiahnya...

media player

Walaupun tak seberapa tetapi tetap gembira. Sayangnya, ada masalah remote control. Mungkin kehabisan bateri atau remote tersebut yang rosak. Jadi ianya tak dapat digunakan. Memang takde warrantilah kan...

Tapi hadiah ini tetap menjadi kenangan dan disimpan dengan baik. Mungkin ianya dapat digunakan suatu hari nanti jika problemnya diatasi.

Selasa, 30 September 2014

Kuih Bakar Kacang Tetap di Hati Ibu

Assalamualaikum...

Sudah beberapa hari bertungkus-lumus menyiapkan biskut untuk hidangan para tetamu di Aidiladha ini. Alhamdulilah, sudah siap 6 jenis. Antaranya samperit susu, biskut oat, nestum, tart nenas dan banyak lagi. Mungkin perlu ditambah 2 atau 3 jenis sahaja lagi.

Dalam sibuk-sibuk menyiapkan biskut tersebut, ibu mengatakan bahawa teringin untuk membuat kuih bakar kacang. Terkejut juga dibuatnya kerana saya menyangka ibu tak mahu buat kuih bakar kacang pada Aidilada ini. Sebelum ini tiap-tiap tahun ibu membuat kuih tersebut. Pada hari raya Aidilfitri tahun ini juga, ibu ada membuatnya.

 Kuih Bakar Kacang


Saya kasihan melihat ibu membuat kuih tersebut. Dari awal pagi hingga lewat petang. Almaklumlah, kalau nak buat, ibu lebih suka membuat sehingga 1 kg kacang hijau yang dibuang kulit. Kalau buat sikit alang-alang pula katanya. Walaupun ada orang yang membantu kuih ini lambat juga untuk disiapkan.

Kaedah penyediaanya ialah dari menggoreng kacang hijau, mengisar, mengadun, menerap pada acuan dan bakar. Kesemuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Inilah kuih kegemaran ibuku sejak dari dulu lagi. Lebih gemar membuat sendiri daripada membelinya. Jika anda mahu resipinya klik di sini.