Ahad, 3 September 2017

Susahnya Hati Bila Tiada Air di Rumah...


Aduh !! Penatnya badan bila tiada air di rumah terutama pada hari raya Aidiladha. Penat tidak terkira rasanya. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit badan dan sakit hati...Sampaikan pada hari raya tidak sempat memakai baju raya kerana terlalu sibuk di dapur menunggu air. Itulah aku pada Aidiladha tahun ini...

Start tiada air pada tengahari sebelum raya iaitu pada 31 Ogos hinggalah pada hari raya kedua. Pada hari raya kedua baru kami menelefon pihak air. Sangka kami air tiada disebabkan raya kerana orang ramai pulang ke kampung, tetapi sangkaan kami meleset sama sekali. Rupa-rupanya rumah kami saja tiada air.

Punca? Puncanya ialah paip air tersumbat. Macam-macam benda jumpa dalam paip air hingga tersumbat. Memang tak sangka itu penyebabnya kerana memang setiap tahun apabila hari raya pasti rumah kami kekurangan air. Jadi memang tak terfikir ke arah itu. Kalau tahu, awal-awal lagi sudah telefon...

Mungkin Allah nak uji kami.. Menguji umatnya sama ada sabar atau tidak dalam menempuh ujian. Alhamdulillah, semuanya kembali baik seperti sedia kala..

Ada satu lagi cerita, adik aku dapat sambung belajar di UiTM Puncak Alam. Aku sangat merinduinya. Oh Tuhan, tolong kuatkan hatiku... Rasa sebak sangat di dada. Tapi itulah dinamakan kehidupan...

Jumaat, 1 September 2017

Pemenang Tempat Pertama Contest Bestfriend Forever


Alhamdulillah.. sebenarnya memang tak sangka boleh menang kerana masuk contest adalah untuk memeriahkan lagi contest tersebut. Jika menang itu dinamakan rezeki. Syukur sangat.. Hadiah utama RM30 dan hadiah kedua RM20.

Terima kasih pada Aisya Ismail yang menganjurkan contest ini. Lain kali boleh buat lagi :) Sekadar untuk kenangan...

Ahad, 30 Julai 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER



Assalamualaikum...

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak join contest. Tiba-tiba terbuka hati pula untuk join. Bercerita mengenai Best Friend Forever (BFF). Ermmm..menarik juga tu..tapi macam mana nak mula cerita? Idea oh idea, please coming !!

Semasa di sekolah rendah, saya ada seorang BFF. Memang rapat giler. Pergi ke mana sahaja mesti bersama. Tapi apabila masuk sekolah menengah, kami terpisah. Dia bersekolah di Kuala Lumpur dan saya di kampung iaitu di negeri Perak. Sahabat saya tinggal bersama nenek semasa bersekolah rendah di kampung. Jadi, apabila sekolah menengah dia kembali tinggal bersama ibubapanya.

Tapi persahabatan kami tidak terputus begitu sahaja. Kami sentiasa berutus surat dan pernah sekali dia balik ke rumah neneknya semasa hari raya, dan saya dapat berjumpanya kembali. Seronok tidak terkata. Walaupun bersua sebentar sahaja, tetapi kegembiraan itu tidak dapat digambarkan.

Sekarang sahabat saya sudah berumahtangga. Whatsapp dan Facebooklah yang menjadi penghubung kami. Dengan dialah saya kenal apa itu erti persahabatan. Walaupun tidak semesra dahulu tapi hati ini sentiasa bersama....

Zaman sekolah menengah pun ada BFF. Empat sekawan gitu.. Tapi biarlah rahsia.. Mungkin entri seterusnya jika berkelapangan.. Banyak sangat bercerita nanti boring pula :)

Tempat kami selalu berjumpa... Suatu ketika dahulu...