Ahad, 11 Februari 2024

Marrybrown Menjadi Pilihan

 Setiap tahun, bos akan belanja KFC kepada pekerja sebelum tahun baru Cina. Tetapi kerana kami orang Melayu telah memboikot KFC jadi beralih pada Marrybrown. Cuma pekerja bangsa lain tetap memilih KFC.

marrybrown

marrybrown
Rasa ayam KFC lebih enak sebenarnya, memang tak dapat dinafikan. Tapi usaha untuk memboikot harus diteruskan. Semoga terus kuat dan istiqamah. Amin...

Gong Xi Fa Chai 2024

 Assalamualaikum dan selamat petang. Hari kedua tahun baru Cina 2024. Kemeriahan terasa dengan letupan mercun pada malam hari. Peluang mengadakan kenduri-kendara kerana cuti umum. Begitu juga dengan jiran mengadakan majlis kenduri kahwin anak lelakinya.

 
Hamper yang diberi oleh pembekal
 
 
Gambar adalah sama kebanyakan tetapi di sudut yang berlainan
 
 
Beg merah yang menarik perhatian :)
 
 
Layan jerlah...
 

 
Simpan di sini untuk kenangan :)

 
Kuih daripada beras
 
 
Limau bali pun ada
 
 
Pemberian Wang atau Ngun. Terima kasih sangat :)
 

Selasa, 16 Januari 2024

Agar-agarku Lembik

Assalamualaikum dan selamat pagi. Apa khabar? Semoga semua yang membaca entri ini sihat belaka. Bagaimana dengan pekerjaan hakiki anda? Semoga semua baik-baik sahaja. Kekadang bila rasa stress dan tiada mood, menulis boleh hilangkan rasa itu. Menulis memerlukan ketenangan jiwa. Jadi tak boleh berfikir perkara lain tetapi fokus apa yang ingin ditulis.

Kadangkala berlaku sebaliknya. Bila buntu idea atau rasa sukar untuk mencari ayat yang sesuai juga boleh menjadi stress. Itulah kehidupan. Apa-apapun kita kena cuba cari perkara yang boleh tenangkan hati dan jiwa.

 
 
Fokus pada gambar. Bila sudah lama tak buat agar- agar dan tak mahu tengok resipi. Terlebih letak air dalam agar-agar.
 
 
Walaupun lembut dan sedikit lagi boleh jadi dadih tetap boleh dipotong. Tapi banyak yang hancur apabila dipegang. Dalam gambar jer cantik, yang lain makan guna sudu aje :)