Sabtu, 4 November 2023

Ole-ole dari Thailand

Assalamualaikum dan selamat malam. Sakit pinggang dan badan sejak akhir-akhir ini. Mungkin angin atau sebaliknya. Semoga dijauhkan dari sebarang penyakit. Kena senaman tapi degil tak mahu buat. Tak cukup masa, sedar-sedar sudah malam..haha..alasan sangat. Akibatnya badan yang merana.

Ole-ole dari Thailand
Ole-ole dari Thailand. Terima kasih Ah Chong, rakan sekerja yang memberikan ole-ole ini. Amat menghargainya. 

Ole-ole dari Thailand 
Ini milik saya, satu lagi kepunyaan adik. Penanda buku atau bookmark...
 
Ole-ole dari Thailand
Dari Thailand, simpan untuk kenangan :)
 

Jumaat, 27 Oktober 2023

Khasiat Teh Daun Senna

Assalamualaikum dan selamat petang. Petang ini hujan pula, alhamdulillah. Kenal tak daun senna? Ia bagus untuk membersihkan usus yang kotor. Baca kelebihan teh daun herba jati cina atau lebih dikenali daun senna di bawah.

Khasiat Teh Daun Senna
 
Cara membancuhnya ialah dengan mengambil satu sudu besar daun senna dan dibancuh dengan satu cawan air panas. Bancuh seperti membuat air teh. Apabila patinya telah meresap keluar, bolehlah ditapis. Sedap diminum ketika suam. Jika masih tidak pekat, boleh bancuh dengan dua sudu daun senna.
 
Air senna ini baik diminum pada waktu malam dan esok paginya akan membuang dan perut terasa lega. Amat sesuai jika anda makan banyak pada siang hari dan malam minum air teh senna. Dapat menyingkirkan segala kekotoran dari dalam usus.

Selasa, 24 Oktober 2023

Goreng Pisang Sedap

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hati ini terlalu merindui orang yang telah pergi. Kadang kala ada rasa bersalah kerana tidak buat yang terbaik ketika ianya masih hidup. Tapi sebagai manusia biasa mana pernah tidak melakukan sebarang kesilapan. Pemergian itu memang amat menyakitkan. Rindu yang tiada kesudahan. Apa-apa pun hargai apa yang di depan mata. Bersyukur apa yang dimiliki sekarang. Alhamdulillah...

Semoga setiap ujian dapat dihadapi dengan tenang dan sabar. Bergantung dan berharap pada Allah. Dengan rahmat Ilahi, segala kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.

 
 Apabila pulang dari kerja, lihat ada goreng pisang yang dibeli oleh abah. Syukur, alhamdulillah...

 
Dapat alas perut sebelum masak untuk makan malam. Abah memang memahami. Kami saja yang tidak memahami abah. Terima kasih abah, terima kasih ya Allah :)