Ahad, 21 Mac 2021

Akaun Nuffnang Hilang, Tiada Dalam Data

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kelmarin ada sedikit masa terluang dan tergerak hati untuk log in akaun nuffnang. Dengan terkejut dan dukacitanya terjadilah seperti yang di bawah. Emel saya langsung tiada dalam data Nuffnang. Puas saya cuba, memang tak boleh.


 

Banyak juga pendapatan dalam akaun tersebut, hilang begitu sahaja. Sebab apa saya tidak tahu. Adakah Nuffnang sudah tidak beroperasi sekarang? Tetapi code iklan yang diletak masih aktif. Masih ada simbol Nuffnang. Muncul juga iklan Nuffnang di situ.

Oleh itu, saya buat keputusan untuk buang code iklan tersebut dari blog. Sakit hati ini amat terasa. Semoga ada rezeki di tempat lain. Amin...

Ahad, 21 Februari 2021

5GB Yes Databack Dengan Setiap Pembelian RM50 di Shopee

 Assalamualaikum dan selamat bercuti hujung minggu. Apa khabar? Walaupun mungkin blog ini tiada pembaca, saya akan berusaha untuk terus menulis sebagai diari peribadi. Ingat tak saya pernah beli sim card yes sebelum ini? Cuba klik di sini. Rasa berbaloi juga beli sim card yes walaupun line macam biskut, sekejap ada sekejap tiada. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan 10 gb data dengan mudah walaupun line sangkut.

Kemudian, baru dapat tahu jika membeli di Shopee dengan setiap pembelian RM50 akan dapat 5GB secara percuma. Anda juga pasti akan dapat jika membeli RM50 dengan mengikut terma dan syarat. Terma dan syarat saya tak pasti :)

Adik saya pernah dapat dan berjaya menebus data tersebut. Memang berbaloi terutama bagi tempat yang line yes bagus. Kalau nak check jika dapat data yes di shopee pergi ke notifikasi, kemas kini shopee dan cari notifikasi dari yes. Anda akan dapat seperti contoh di bawah.



Adik saya pernah dapat 100 gb. Dia memang sakan shoping di Shopee. Hari-hari ada barang dia. Kepada anda cuba check sama ada dapat atau tidak. Semoga info ini berguna :)

Sabtu, 13 Februari 2021

Selamat Tahun Baru Cina 2021

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selamat Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambutnya. Hari ini masuklah 1 Rejab, tak lama lagi bulan Ramadhan pula. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesihatan yang baik dan semoga dijauhkan dari sebarang wabak penyakit terutama Covid 19. Amin....

Hamper yang diberi oleh pembekal pada kilang tempat saya bekerja.

Tahun ini memang agak kurang. Limau pun dapat sedikit sahaja.

Walaupun tak meriah tapi tetap rasa...

 Limau untuk bawa balik rumah

 First time dapat limau sekotak sekali dengan beg kertas

 Kotak limau
 
 
Limau sekotak ada 18 biji

 
Pemberian rakan sekerja, Wang
 
 
Terima kasih Wang. Tiap-tiap tahun tak pernah lupa untuk beri pada kami semua.