Ahad, 24 Februari 2019

Santap Pizza dan KFC

Hari Selasa yang lalu keluar dengan adik ke Parit Buntar untuk kali terakhir. Kali terakhir? Ya, sebelum adik kembali menyambung pengajiannya di universiti. Sedihnya lepas ini tak jumpa lagi. Berbulan jugalah... Mula-mula kami makan di kedai makan. Ermm, sedap ayam bakarnya. Lupa nak ambil gambar. Sebelum balik beli pula Pizza.

Pizza Hawaiian Chicken. RM 5 jer..

Memang sedap.. masih lembut walaupun sejuk..

Pada waktu dan hari yang lain pula kami makan KFC. Ini cerita lama yer bukan terkini. Imbas kembali... Masing-masing muntah dan cirit-birit tetapi bukan sebab makan KFC. Puncanya tak tahu hingga kini...

Kami terpaksa bergegas pulang kerana masing-masing tak larat dan rasa pening. Memang sangat kenangan. Kami makan KFC cawangan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sebelum makan pergi klinik Bersatu dahulu untuk mendapatkan rawatan dan mengambil ubat.

Sabtu, 16 Februari 2019

Jom Beli Pekasam Daging Hakak Maneh

Pernah tak merasai kesedapan pekasam daging? Jika belum bolehlah cuba. Harganya RM10 sahaja. Berat bersih 150 gram. Anda boleh hubungi atau whasapp Nadia 017- 424 9043 untuk mendapatkannya. Pasti tidak akan menyesal dan mahukannya lagi. Belum cuba belum tahu. Produk bumiputera dan dijamin halal...

pekasam daging hakak maneh

Cara Memasak Pekasam Daging Hakak Maneh :

1. Potong daging (tidak perlu dibasuh).
2. Masukkan daging ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
3. Masukkan bawang dan cili padi yang telah dipotong.
4. Apabila bawang kekuningan bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan.


pekasam daging hakak maneh
Cara Simpan :

1. Boleh disimpan dalam suhu bilik dan tahan 2 minggu.
2. Disimpan dalam peti ais tahan selama 2 bulan ke atas.
3. Di dalam sejuk beku pula tahan sehingga 4 bulan ke atas.


pekasam daging goreng hakak maneh

Inilah dia pekasam yang telah digoreng bersama bawang dan cili padi. Pasti lebih berselera makan bersama nasi panas. Pelbagai jenis masakan lagi boleh dibuat contohnya nasi goreng, masak lemak dan banyak lagi. Jangan lupa hubungi Nadia 017-424 9043 untuk mendapatkannya.

Makhluk yang Tak Pernah Berasa Bersalah

 Diulit mimpi dengan hamparan yang gebu...

 Dekatkan sikit...

 Dekatkan lagi...

 Baru bangun apabila dikacau...

Sempat lagi mengeliat. Alangkah indahnya mimpi itu...
Kalau anda, marah ke tak marah?