Rabu, 6 Februari 2019

Pemberian Sempena Tahun Baru Cina

Pemberian rakan sekerja sempena tahun baru Cina. Ingat juga mereka pada kita yang tidak meraikannya. Kali ini rakan sekerja saya iaitu Wang sahaja yang memberi. Limau 8 biji dengan air, kacang dan coklat. Memang banyak, sakit juga tangan mengangkatnya. 


Terima kasih kerana sudi memberi. Pemberianmu dikenang. Semoga Wang diberi kesihatan yang baik dan bahagia selamanya. Gong Xi Fa Chai...

Sabtu, 2 Februari 2019

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2019

Lagi dua hari, kaum Cina akan meraikan tahun baru Cina. Happy New Year diucapkan. Kali ini tak nak cerita panjang, tiap-tiap tahun pasti akan update hadiah lucky draw. Jadi, jom layan jer semua gambar-gambar di bawah...


Kali ini lucky draw masih tidak menyebelahi saya. Pulang dengan telur ayam. Memang saya tidak impikan sebarang hadiah jadi termakbul tidak mendapat sebarang hadiah.


Apa yang mengecewakan hadiah lucky draw yang terbaik telah disorok atau diambil dahulu oleh sesetengah pekerja atasan. Mereka telah membuang nama mereka sendiri dari senarai nama peserta lucky draw. 

.

Selain itu, saya rasakan ada ketidakadilan semasa cabutan lucky draw dibuat. Perkara itu turut dipersetujui oleh seseorang yang rapat dengan saya. 


Semua kejadian tersebut biarlah rahsia. Semua rezeki milik Allah.


 Tapi tahun ini ada juga sedikit kegembiraan berbanding tahun lepas


 Tahun lepas lebih menderita jiwa dan raga...


Doakan saya kuat menghadapi segalanya...


Bekerjalah kerana Allah S.W.T


Yakin dan berusahalah untuk mencapai kejayaan....


Kesimpulannya, saya mungkin tidak akan mendapat sebarang hadiah lucky draw jika permainan kotor ini terus dilakukan saban tahun. Sekian...

Happy Birthday Nurul Syafiqah 15 Tahun

Sambut hari lahir kecil-kecilan dan paling simple. Hari lahir adik bongsu dan orang pertama yang sambut birthday tiap-tiap tahun sebab dia seorang sahaja lahir bulan Januari. Oppss silap, anak saudara pun lahir bulan Januari ada seorang baru-baru ini.


Kek Coklat Larva Berhantu. Harga RM20. 
Hasil tangan Adina, kawan masa sekolah menengah.
Memang sedap kek ini, tak puas makan rasa nak lagi !!
Gambar sebelum bawa naik motosikal...


Kek yang dibawa balik dengan menaiki motosikal
Tidak disimpan dalam peti sejuk
Beginilah jadinya...


 Dia tak tahu ada kek, saja nak bagi suprise...
Menu ini sahaja pun dia sudah gembira...


Menu yang paling simple
Cucur jagung, mee sup daging, sirap laici dan buah oren