Sabtu, 23 Jun 2018

Kuih Raya Aidilfitri 2018

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam terutama kepada mereka yang sudi singgah ke blog ini. Alhamdulillah, hari ini sudah 9 Syawal. Pantasnya masa berlalu. Sekejap sahaja rumah riuh rendah dan kini sunyi kembali apabila masing-masing pulang. Sekolah juga akan dibuka tak lama lagi. Bertambah sepilah rumah ini...


Kuih raya yang dibuat dan dibeli pada tahun ini. Pada tahun ini saya buat 7 jenis kuih marjerin @ buttercup dan 2 jenis kuih bergoreng @ ranggup. Kuih tersebut ialah:-

a) Biskut Mazola
b) Biskut Tart Nanas
c) Biskut Arab
d) Biskut Peanut Butter
e) Biskut Almond London ( tak letak badam pun )
f) Biskut Oat
g) Biskut Nestum Ranggup


Kuih ranggup pula ialah kuih popia super ring dan juga kuih simpul kasih. Adik buat biskut samperit manakala mak pula buat maruku dan kuih loyang. Kuih bakar kacang beli 50 biji RM20 dan kuih kapit (tiada dalam gambar) 50 keping RM7.50.

Kuih kapit habis sebalang pada malam raya sahaja. Memang laku keras kuih tersebut. Sedap dan menjadi kegemaran. Nanti saya ambil gambarnya jika ingat. Raya Haji boleh order lagi.


 Kuih raya yang diberikan oleh pembekal kepada kilang tempat saya bekerja...


Tahu makan jer tak tahu nama apa biskut ini...


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Isnin, 7 Mei 2018

Aku dan Kuih Kapit Berpisah Tiada

Sedapnya bila dapat makan kuih kapit. Krupp krapp krupp krapp bunyinya. Rasa lemak-lemak manis. Kuihnya nipis dan jika tebal kurang enak. Terliur rasanya. Menaip sambil telan air liur. Itulah penangan kuih kapit yang menjadi kegemaranku sejak kecil. Terliur sudah...


Gambar di atas adalah kuih kapit coklat tetapi kuih kapit kegemaran saya ialah kuih kapit original yang tidak diletakkan sebarang perisa sama ada peanut, coklat, strawberi dan sebagainya. Kuih kapit diletakkan perisa rasanya terlalu manis dan kurang enak bagi saya.


Pada Tahun Baru Cina, masyarakat Cina juga turut menyediakan kuih ini sebagai hidangan raya mereka. Mereka membawa kuih kapit ke office dan makan sesama mereka. Sememangnya kuih ini menjadi citarasa pelbagai bangsa...


Kuih kapit coklat yang dibeli di Hentian semasa perjalanan pulang dari Cameron. Harga kuih kapit coklat RM20. Kordial strawberi dibeli di Cameron dan harganya tak sampai RM10 rasanya. Sekian...

Ahad, 6 Mei 2018

Percuma Sampel Anlene Heart-Plus

Pernahkah anda terfikir tentang kesihatan jantung? Kenikmatan hidup memang penting untuk kita. Kita sentiasa ingin meluangkan masa dan menjaga keluarga tersayang tanpa mengira umur. Namun begitu, 3 Tinggi boleh menjejaskan kesihatan jantung kita. Adakah anda berisiko?

Kesan 3 Tinggi Kepada Kesihatan Jantung

1) Kolestrol Tinggi
Kolestrol tidak baik yang berlebihan akan menyebabkan pembinaan plak pada saluran darah yang akan menghalang peredaran darah. Ini mungkin akan menyebabkan serangan jantung atau strok.

2) Tekanan Darah Tinggi
Jantung anda terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan anda, yang mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran darah anda.

3) Gula Darah Tinggi
Satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah kita sentiasa tinggi untuk jangka masa panjang. Ia akan menyebabkan kesan negatif kepada badan kita termasuk penyakit jantung.


Minumlah Anlene Heart-Plus yang mengandungi sterol tumbuhan membantu mengurangkan kolestrol, kalium membantu mengekalkan tekanan darah sihat dan rendah GI menguruskan gula dalam darah anda.


Jika anda ingin dapatkan sampel Anlene Heart-Plus klik di sini. Dengan 2 gelas Anlene Heart- Plus sehari, anda akan dapat nutrien sterol tumbuhan hampir sama seperti yang terkandung dalam 33 oren ataupun 61 epal.