Ahad, 5 November 2017

Hasil Tangan dari Negara China

Aduhai, pagi ini cuaca masih mendung dan berangin. Baju di ampaian masih tidak kering. Aku pula basuh baju seminggu sekali jer iaitu hari Sabtu. Nampak sangat kerajinan di situ.. Tolonglah panas hari ini agar baju aku kering..huhu...

Inilah dia hasil atau buah tangan dari negara Korea. Pemberian Mr Ng, kerja satu office. Baik orangnya, melancong masih ingat rakan sekerja di office... Jarang orang nak bagi ole-ole walaupun boss sendiri. Tak pernah dapat beb.. Dapat makanan, bukan kami makan pun...huhu...

Sesuai untuk digantung dalam kereta. Tapi aku simpan jer untuk dibuat kenangan... Terima kasih Mr Ng. Lain kali jangan lupa berl lagi :)

Hari atau Minggu Untuk Makan Sakan

Ketika aku menulis, hujan turun dengan lebatnya. Tapi gagahkan diri jua dari tidur kerana terlalu lama tidak menulis di blog. Rasa rindu sangat.. Internet juga sangat laju ketika ini.. Jadi pulun tulislah apa yang patut untuk dibuat kenangan.

Sebenarnya, sudah lama memendam rasa untuk makan Kek Secret Recipe. Dan kini tercapai jua. Ingat mudah untuk aku dapatkan? Memang sukar tapi biarlah rahsia.. Mungkin sudah rezeki...

Cuba teka, kek apa yang aku beli? Plastic bag pun dah nampak mahal...

Sepotong kek sahaja yang mampu dibeli dan sekadar untuk merasa...

 Inilah dia, Kek Choc Indulgence... Harganya RM 8.80 sepotong...

Orang kata ada aiskrim di lapisan tersebut. 
Tapi kenapa aku rasa biasa jer, tak macam aiskrim pun..huhu...


Makanan kedua yang aku makan, tapi bukanlah yang aku idamkan iaitu makan di Marrybrown. Menu yang dipilih adalah burger. Burger di sana sedap berbanding KFC.

Aku ambil burger dengan air dan kentang sahaja... Harganya lebih kurang RM 10.00..

Nak kata kenyang taklah sangat sebab perut aku selagi tak terima nasi tak akan puas... Nak nasi juga.. Burger sebagai sampingan sahaja.


Makanan yang ketiga dan yang terakhir ialah aiskrim. Aku borong aiskrim sekotak. Ikutkan hati nak beli banyak lagi.. Tapi disebabkan naik moto, raga dan tangan sudah penuh tak dapatlah beli banyak-banyak... Jom tengok iklan promosinya...

 Bagaimana? Terliur yang mana?

 Harganya RM20 dan ada 20 batang aiskrim...

Memang puas makan bersama keluarga. Bila tengok gambar rasa nak lagi...
Seriously, aku rasa lapaq...

Ahad, 22 Oktober 2017

Dua Jenis Bubur Asyura di negeri Perak


Kalau nak tahu, di kampung saya setiap tahun pasti akan membuat dua jenis bubur Asyura. Bubur Asyura manis dan satu lagi yang pedas. Bubur Asyura yang pedas adalah bubur nasi biasa seperti bubur lambuk gitu. Bubur ini dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Bubur Asyura manis bahan-bahannya terdiri daripada tepung, gula merah, kekacang dan juga ubi. Bubur Asyura pedas pula beras, sayur, udang, daging dan ayam. Kedua-duanya sedap dan menambat selera. Tapi nak buatnya memang sukar sebab jenuh nak mengacau.

Bubur Asyura Manis

Gambar di atas adalah bubur Asyura versi manis. Memang sedap.. Bila sejuk kuih akan jadi keras dan boleh dipotong. Rasanya lemak manis sebab letak santan. Makan sekali pasti nak lagi :)

Bubur Asyura Pedas (Nasi)

Bubur Asyura Nasi seperti kita tahu sememangnya sedap. Apatah lagi pada bulan Ramadhan. Memang menjadi juadah wajib.


Bubur Asyura ini dibuat secara bergotong-royong. Orang kampung harus menyumbang sebanyak RM10.00 setiap seorang pada tahun ini untuk membeli barang-barang. Barang makin mahal, sebelum-sebelum ini hanya mengutip seorang RM3 hingga RM5.

Sekian, saya yang melaporkan untuk Jalan-jalan Cari Makan Kampung :)