Jumaat, 22 Mei 2015

Sambut Hari Lahir Adik iaitu Anak Keenam

Assalamualaikum...

Pada 12 Mei yang lalu sambut hari lahir adikku yang pertama bersamaan dengan anak keenam. Aku pula anak kelima. Jadi itulah adik pertama aku. Walaupun sebenarnya dia lebih matang dan lebih berjaya dari aku. Aku apa yang ado???

Juadah hari lahir
Ambil gambar senja memang kelabu asap...

Aku masak barang-barang yang ada di rumah saja. Kek pisang, mee goreng, buah mempelam dan juga air teh. Itupun sudah cukup mengenyangkan. Adik makan apabila pulang dari kerja. 

Selamat Hari Lahir... Semoga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selamanya. Sayang kamu sangat-sangat walaupun dirimu kelihatan sudah semakin jauh dariku...

Sabtu, 9 Mei 2015

Share Kredit pun Kena GST?

Assalamualaikum....

Pasti ramai yang mengeluh dengan pengenaan GST terhadap barangan dan perkhidmatan. Pergi sana GST pergi situ GST. Dalam rumah pun GST. Boleh dikatakan semualah perlu adanya GST. 

Nak berbelanja pun kena hati-hati. Tak boleh bawa duit cukup-cukup dan perlu pastikan bawa lebih. Yerlah kan tengok harga yang diletak RM 10 pastu bayar di kaunter kena bayar RM10.60. Tak cukup duit memang kena tinggallah satu dua barang di kaunter. 

Share kredit pun kena GST. Maxis tolak RM0.50 kerana menggunakan perkhidmatan share a top up pada nombor lain. GST pula dikenakan juga. Kalau share RM5 tolak 3 kupang orang Kedah kata... Baki pun jadi ciput... Langgan internet pun kena, beli top up lagilah kena GST.


kucing tidur

'Ermm..tido lagi baik si kucing Dora berkata di dalam hati dari memikirkan GST. Ada aku kisah?'

Ubah Suai Perabot, Kedudukan Cantik tapi Tak Selesa

Assalamualaikum....

Pernah tak anda rasa jemu dengan kedudukan perabot di rumah anda? Sudah semestinya 'ya' kerana melihat pemandangan dan kedudukan yang sama. Begitu juga dengan aku. Alih punya alih jadilah sangat lain dan lebih cantik. Malah family pun suka dengan ubahsuai itu.

Malangnya, kedudukan cantik tapi 'aku' merasa tidak selesa. Mula-mula rasa okey, lama-lama macam pening, berserabut dan tak boleh nak buat kerja apa. Tengok tv pun macam tak best jer. Tak faham dan tak tengok sangat. Fikiran entah ke mana. Rasa macam tak layan jer cerita itu.

Aduh!! penat mengubah kedudukan perabot tadi, susun-susun barang pun tak habis lagi. Nak kena alih tempat asal pula. Family aku memang selesa kedudukan yang baru. Masalahnya 'aku'. Hari-hari nak lepak di situ. Mereka sekejap sahaja. Bagaimana nie?

perabot

Itulah sofa atau kusyen di rumahku. Ada yang lama dan ada yang baru. Kusyen yang corak bunga baru sahaja dibeli berharga RM400.

Aku membuat keputusan.. Sekarang adalah fasa untukku menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Cubalah juga dan berharap semuanya akan okey :)