Sabtu, 23 Mac 2024

Kerepek Pisang Berangan Santapan di Hari Raya?

Assalamualaikum dan selamat malam. Alhamdulillah, sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Semoga umat Islam dapat berpuasa dengan baik terutama dengan cuaca panas begini. Semoga terus bersabar dalam mencari redhaNya. 

Ada setandan pisang hasil tanaman abah. Risau tidak habis dimakan apabila masak serentak nanti. Jadi jadikannya kerepek iaitu kerepek pisang berangan. Nak goreng rasa lambat sangat, bila makan tak terasa sudah habis. Begitulah selalunya.

Kalau boleh nak jadikan santapan di hari raya nanti. Agak-agak masih okey atau tidak? Risau juga jika masuk angin dan tidak ranggup lagi. Penat aje buat. Lagi satu bolehkah tahan nafsu, tengok sahaja tanpa menikmatinya. Tunggu dan lihat adakah ianya masih wujud di Aidilfitri ini?

4 ulasan:

  1. macam tak sempat tunggu raya jer tue , hehehe alih-alih makan sambil tengok tv dah habis sebalang

    BalasPadam
  2. kalau ldy, lady mkn shj sampai hbs :D

    BalasPadam