Sabtu, 6 Januari 2024

Biskut Tart Nenas dan Kek Coklat Pemberian Sahabat

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga semua sihat sejahtera. Kisah 17 November 2023, pergi shopping dan makan dengan sahabat iaitu Ean. Kami makan di restoran Teratak Laman Suri terletak di Bandar Baharu, Kedah. Nak tengok kami makan apa boleh klik di sini. Pelbagai juadah ada tak perlu pergi restoran lain lagi. 

Macam biasa bila keluar sahabat saya ini sentiasa beri buah tangan. Tak pernah balik dengan tangan kosong. Suka betul dia bersedekah dan kawan dia seorang ini pula suka pula menerima.. haha..

 
Ada saja idea dia nak memberi. Singgah kedai kek, pergi beli kek pula. Biskut tart nenas memang sudah dibawa dari rumah. Syukur sangat kerana dikurniakan sahabat yang sangat baik. 
 
Saya memang kurang kawan dan sejenis yang tidak mudah mesra dengan orang. Alhamdulillah Allah S.W.T memberi sahabat dan kawan yang tidak ramai tetapi baik. Alhamdulillah...

Jumaat, 5 Januari 2024

Hadiah Buat Pengantin Baru, Haiza dan Pasangan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga melalui hari dengan indah dan tenang serta mendapat rahmat daripadaNya.
 
Hadiah buat pengantin baru, Haiza. 
 
Mampu beli ini sahaja. Inilah yang terlintas bila melihat live di Tik Tok.
 
Letak dalam beg kertas agar mudah dipegang. Selamat Pengantin Baru Haiza dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.

Isnin, 1 Januari 2024

Selamat Tahun Baru 2024

Assalamualaikum dan selamat malam. Tiga hari ini terlalu sibuk mengemas pakaian terpakai untuk disedekahkan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Satu kotak sahaja lagi tinggal kerana kereta sudah penuh. Penat memanglah penat tapi kepuasan itu ada. 

 
 Mereka menerima pakaian terpakai yang elok dan juga tidak elok. Tapi jangan sampai bagi kain buruk pula yer. Pakaian yang masih elok akan diberikan pada asnaf di negeri Kelantan dan Terengganu. Pakaian yang rosak dan tidak boleh digunakan akan diproses menghasilkan benang. 

Memang sudah lama kumpul pakaian yang tidak digunakan untuk diberikan pada rumah anak-anak yatim yang terdekat. Tapi sahabat kata kawannya telah beri berkotak-kotak pada rumah anak yatim tersebut, maka tak jadilah untuk beri. 
 
Kebetulan ada lihat di WhatsApp tentang sumbangan pakaian terpakai, tanpa fikir panjang terus bersemangat kumpul lagi banyak.
 
Encik Ahmad kata ini first time dia ambil pakaian di rumah orang. Selalunya orang akan terus menghantar ke kedainya. Alhamdulillah rezeki saya. Saya pun harapkan orang untuk hantar kerana tak pandai drive. Allah permudahkan urusan saya. Maaf kerana susahkan Encik Ahmad, sesat juga untuk sampai ke rumah. Lama juga katanya.
 
Kotak pakaian terakhir. Semoga memberi kebaikan kepada orang lain. Jika menyusahkan harap maafkan. Ini sahaja yang mampu dilakukan untuk membantu orang lain. Semoga Allah membuka peluang lain lagi untuk menolong orang. 
 
Jadi, inilah aktiviti saya di hari pertama tahun baru 2024. Semoga hari seterusnya akan menjadi lebih baik, indah, bermanfaat dan dalam redhaNya. Begitu juga buat anda. Amin...