Sabtu, 18 Jun 2022

Sample Face dan Body Shower Oil Shokubutsu Mochi Hada

Sample Face dan Body Shower Oil Shokubutsu Mochi Hada

Sample Face dan Body Shower Oil Shokubutsu Mochi Hada

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sample Face dan Body Shower Oil Shokubutsu Mochi Hada ini sudah lama dapat, baru sempat nak publish. Busy sangatlah kononnya yer. Kerja hakiki yang memenatkan tak sempat nak godek blog.

Banyak perkara yang berlaku pada bulan Jun 2022 ini. Pertama sekali beli motor baru. Jenama Honda. Cuba teka motor jenis apa? Kedua, bila dapat motor baru terus buat cermin mata baru. Ketiga adik bongsu berjaya mendapat 9A dalam SPM. Alhamdulillah.... Nanti jika ada masa, saya akan tulis entri untuk ketiga-tiga perkara tersebut. 

Hari ini pula dilanda batuk berkahak. Sakit sangat rasa sebab sudah lama tak kena. Bila batuk rasa tekan pada dada. Masa kena covid batuk boleh tahan lagi dan cepat sembuh. Time Covid tak rasa sangat sebab boleh berehat secukupnya di rumah. Harap kali ini juga cepat sembuh. Amin....

Isnin, 6 Jun 2022

Pendapatan Harian Google Adsense USD 0.00


 Alahai, sudah 3 hari pendapatan Google Adsenseku mendapat USD 0.00 setiap hari. Apa salah dan silapnya? Hari ini 6 Jun 2022, pendapatan baru USD 0.03. Semoga ada rezeki buatku pada hari ini dan seterusnya. Amin...

Sabtu, 26 Mac 2022

Sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim Kediaman Cahaya Ain di Bagan Serai, Perak.

 
 Kepada anda yang ingin menderma, bersedekah, wakaf dan sebagainya, bolehlah salurkan sumbangan anda kepada Kediaman Cahaya Ain. Rumah anak yatim ini terletak di Bagan Serai, Perak. 

Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu dan menggembirakan anak-anak yatim di sana. Semoga kita juga mendapat rahmat dariNya. Amin...