Jumaat, 25 Disember 2020

Jumpa Duit Korea Dalam Almari Buruk

Mengemas punya mengemas, jumpalah duit korea ini dalam almari buruk. Almari buruk yang akan dibuang. Lama sangat duit ini, zaman saya sekolah menengah. Kakak pergi Korea dengan rakan sekerja, anjuran kilang mereka.

Sudah buruk pun duitnya dan hampir terkoyak. Nasib tak kena makan dengan anai-anai...

Duit ini kakak berikan pada abah untuk abah simpan buat kenangan. Almari buruk itu kepunyaan abah. Jadi sekarang saya simpan pula :)

Sabtu, 21 November 2020

Pokok Kunyit Berbunga?

First time tengok bunga pokok kunyit. Tak sangka pula pokok kunyit ada bunga. Bunganya boleh pula dimakan, saya search di google. Tapi saya tak makan sebab tidak biasa...

Alhamdulillah, pertama kali tanam pokok kunyit dan hidup dengan sihat. Walaupun banyak serangga perosak cuba untuk memusnahkannya tetapi ia kembali pulih.

 

Hobi menanam pokok memang dapat mendamaikan jiwa terutama pokok kita sihat membesar.

 

Mak kata mungkin pokok kunyit sudah tua dan mengeluarkan bunga. Tiba-tiba ada bunga setelah beberapa hari hujan dan tidak melihat pokok ini.

 

 
Simpan di sini sebagai kenangan. Sekian...

Mesin Perangkap Nyamuk Free

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat bekerja kepada mereka yang bekerja pada hari ini. Hujan lebat membasahi bumi dari pagi tadi sekitar pukul 10 hingga sekarang. Mati akal dibuatnya bila banyak kerja yang harus dibuat tertangguh. Kerja apa? Mengemas rumah lama yang berselerak tetapi nak pergi ke rumah sana pun agak sukar kerana hujan.

Inilah dia perangkap nyamuk yang diperoleh setelah mendengar mengenai insurans AIA dibuat melalui video call. Namanya Chen dari AIA, nombor telefon 016-385 9788. Jika anda mahu keterangan lanjut mengenai AIA boleh hubungi nombor tersebut.

Pada mulanya tak tahu juga kena buat video call baru dapat mesin perangkap nyamuk. Tapi bila free time, teruskan sajalah.

Video call ambil masa dalam 30 minit juga sebab banyak bertanyakan soalan. Sekurang-kurangnya dapat juga tahu apa itu AIA. Tiada paksaan dalam pembelian.

Nampaknya tak keringlah baju hari ini kerana hujan masih belum berhenti. Baju yang ada pun walaupun sudah kering airnya tetapi masih terasa lembab sebab faktor cuaca yang sejuk.