Ahad, 16 Ogos 2020

Kedai Emas Sri Idaman, Parit Buntar

Kisah pada 30 Jun 2020 yang lalu, sanggup ambil cuti semata-mata nak pergi kedai emas Sri Idaman, Parit Buntar Perak. Sebelum ini pernah pergi hari Sabtu dan kecundang kerana orang terlalu ramai dan membeli dalam jangka masa yang lama. Jadi cuba pula pergi pada hari bekerja.


Tunggu sebelum kedai emas Sri Idaman dibuka lagi kira-kira jam 10 pagi juga. Tetapi sayang kedai tersebut buka agak lewat kerana proses membuka kedai memakan masa agak lama juga. Tetapi alhamdulilah, diberi kerusi untuk duduk. Dapat giliran nombor dua.


Bila buka sahaja terus boleh masuk tanpa menunggu orang lain. Alhamdulillah.. Harga emas pada hari itu seperti di dalam gambar di atas.


Dapat juga akhirnya...


Rantai tangan yang rosak dan telah dijual...


Rantai yang perlu dibaiki...


Rantai tangan yang dibeli setelah menjual rantai tangan lama dan tambah duit lagi. Harap ianya lebih tahan lama dan tak mudah pecah. Ingat senang nak beratur lama-lama di kedai emas.

Entri ini bukan untuk menunjuk tetapi sekadar diari peribadi. Ini sahaja yang mampu dibeli dengan titik peluh sendiri. Alhamdulillah... Orang lain beli bukan main besar gedabak tetapi kata orang ukur baju di badan sendiri. Jangan ikut orang. Lagipun bahaya kepada keselamatan diri sendiri. Kalau hilang rasa nak menangis...

Sabtu, 15 Ogos 2020

Tempah Roti Sempena Kenduri Rumah Baru dan Bacaan Yasin







Suka sangat tengok roti yang bulat-bulat ini. Ada roti pizza, roti sosej, kaya, kacang dan juga coklat. Tempah sempena majlis kenduri rumah baru dan juga bacaan yasin. Kami buat kenduri pada hari raya ketiga Aidiladha. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Satu roti berharga seringgit. Tempah 100 bungkus sahaja kerana buat kenduri kecil-kecilan dan mengikut SOP. Penjarakan fizikal harus dijaga. Tempah dengan Teha nombor telefon 013-750 3272. Orang sekitar Parit Buntar, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan berdekatan bolehlah tempah roti dengannya. Simpan nombor di sini agar mudah dicari nanti :)

Ubat Nyamuk Zenden Berkesan Menghalau Nyamuk


Bukan iklan ubat nyamuk tetapi perkongsian dari penggunaan sendiri. Sebelum ini pernah guna jenama ubat nyamuk lain tetapi kurang berkesan menghalang nyamuk. Asap berkepul-kepul tetapi nyamuk tetap ada. Kita yang menghidunya pula rasa nak pening.

Sehinggalah gunakan ubat nyamuk Zenden. Kurang asap tetapi sangat berkesan menghalau nyamuk. Hanya nyamuk yang berani mati sahaja yang akan datang. Pasang sekejap sahaja dan nyamuk terus lari berbanding guna jenama lain.

Ubat nyamuk ini boleh diperolehi di kedai-kedai tertentu, di pasar malam dan pekan. Tetapi di tempat saya di kedai-kedai biasa agak sukar untuk diperoleh. Selalunya saya membelinya di pekan hari Sabtu di Bagan Tiang, Perak dan pernah lihat di pekan Isnin Tanjung Piandang, Perak. Harganya sekitar RM 2.50 sekotak. Selamat mencuba pada anda yang yang mengalami masalah nyamuk terutama tinggal di kampung-kampung :)