Ahad, 14 Jun 2020

Buah Tomato Pertama dan Terakhir

Pokok tomato ini sangatlah tinggi, kemudian semakin hari semakin menunduk dan melepak di pokok lidah mentua. Kemudian barulah ianya berbunga dan menghasilkan buah. Kewujudan buahnya tidak disedari. Apabila besar baru nampak sebab ia menyorok disebalik pokok lidah mentua. 


Pada mulanya rasa nak cabut sahaja pokok tomato tersebut kerana terlalu tinggi dan terlalu lama tidak berbuah. Mak kata pokok tersebut sihat, biarkan jer la... Selagi pokok itu hidup biarkan ia bernyawa.


Tinggi pokok melepasi beberapa buah pasu yang lain


Inilah buahnya iaitu yang pertama dan juga yang terakhir. Pokoknya sudah layu dan diganti dengan tanaman yang lain.

Pendapatan Harian Google Adsense Paling Tinggi

Setakat hari ini, sebanyak USD 0.57 sahaja merupakan pencapaian harian tertinggi saya dalam Google Adsense. Itupun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga bulan puasa.


Jika tidak USD 0.01 pun sukar untuk diperoleh. Untunglah Sugu Pavitra berjaya memperoleh pendapatan dari Google Adsense. Tahniah hasil dari kerja keras anda. Video Sugu Pavitra memang terbaik dan ikhlas menyampaikan ilmu. Berharap semoga saya juga dapat merasa pendapatan dari Google Adsense. Amin...

Ahad, 7 Jun 2020

Kenangan Ramadan Tahun 2020

Ramadan telah pun lama berlalu dan kini Syawal pula kembali. Walaupun Syawal kali ini sangatlah hambar tetapi tetap dirai dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi. Kenangan Ramadan? Alhamdulillah puasa kali ini diberi kesihatan yang baik. Semua ahli keluarga yang sepatutnya ada sentiasa bersama. Jika tiada PKP pasti adik akan berpuasa di universiti. Mujur dia sempat pulang sebelum kebenaran pulang oleh pihak universiti ditarik balik.


Juadah berbuka puasa yang bagi saya cukup banyak dan sukar untuk dihabiskan. Puas sangat makan kuih di bulan puasa ini. Alhamdulillah...


Jenis makan layan diri, ambil makanan banyak-banyak letak dalam pinggan  :)