Selasa, 21 April 2020

Tempat Letak Kaki di Pejabat

 Sudah masuk hari ke 35 PKP yang dijalankan di Malaysia. Berbaki lagi 7 hari untuk fasa ketiga ini. Hari ini masih tidak bekerja dan tidak dipanggil untuk bekerja. Stay at home.. kita jaga kita..

 Tempat letak kaki di pejabat. Selesa sangat bila menggunakannya. Sebelum ini kaki selalu rasa kebas-kebas dan lenguh. Bila ada tempat letak kaki ini dapat mengurangkan kesakitan. Alhamdulillah...

 Di bahagian belakang... Mr Ng yang buat untuk kami satu pejabat.. Terima kasih Mr Ng walaupun dia tak baca blog ini. Ms Chong yang cadangkan agar ianya dibuat dan juga permintaan pekerjanya.

 Kaki besar gedabak... Rindunya dekat aircond di pejabat. Di rumah hangat lit lit... huwaa.... huwaa... tapi aircond je la bukan kerja okey :)

Jumaat, 10 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah dilanjutkan dari 15 April hingga 28 April 2020. Bermakna telah masuk fasa ketiga PKP. Diharap semua dapat bersabar dengan menjaga diri sendiri dan keluarga. Bukan calang-calang penularan COVID 19 ini. Semua yang berlaku dengan izin Allah dan hanya kepada-Nya kita berserah.

Sepanjang PKP ini tiada aktiviti menarik yang boleh dibuat. Pada mulanya nak belajar menjahit, tetapi mesin jahit pula rosak. Dugaan... Hari-hari berasa lebih malas tetapi bersyukur sangat dikelilingi keluarga tercinta. Inilah masa untuk berehat seketika dari sebarang kerja hakiki. 


Dalam kebosanan, dapatlah memakai  inai di jari. Daun inai diambil dari rumah jiran yang dipanggil Mak Su. Mula-mula ceraikan daun dari batangnya, tumbuk daun sampai lumat dan pakai. Adik yang tumbukkan sebab dia yang nak pakai sangat. Ada lebih, jadi bolehlah saya pakai pula...


 Sudah lama tak pakai inai. Rimasnya amat terasa.. 
Sangatlah comot...


Inilah hasilnya... Jari-jemariku yang panjang bermakna tuannya pun tinggi...

Rabu, 1 April 2020

Kacang Macadamia


Pertama kali tengok dan merasa apa itu kacang macadamia..
Kakak yang beli sempena percutiannya di Hatyai, Thailand.. 

Kacang Macadamia
 Rasa kacang macadamia ini ala-ala rasa badam. Bentuk macam loceng.

Kacang Macadamia
 Nak buka kacang macadamia kita perlukan kunci iaitu kunci besi... 
Baru senang kacang ini terbuka. Kulitnya sangat keras. 
Kunci itu diberi sekali semasa kita membelinya.

Kacang Macadamia
Inilah kacangnya. Ranggup dan gebu...