Ahad, 23 Jun 2019

Suka Sangat dengan Kuih Simpul Kasih

Suka sangat dengan kuih simpul kasih atau dipanggil kuih ikat-ikat oleh adik. Suka-suka jer dia bagi nama. Asalkan mudah nak bagi kami faham. Almaklumlah kegemaran dia juga. Kuih simpul kasih ini perlukan kesabaran juga nak buat tapi bila sudah pandai memang laju jer buat.

kuih simpul kasih

Kulit popia yang besar di potong dua, kemudian potong pula kepada lima bahagian. Cara ini agak mudah kerana kulit popia agak panjang dan senang untuk diikat. Boleh makan puas-puas bila dapat buat sendiri.

Kalau nak resipi serunding ikan bilis klik di sini. Bolehlah anda cuba buat. Kalau nak senang beli sahaja serunding ikan bilis tersebut :)

Jom Memberi Sumbangan Buat Maahad Darul Faizin


Maahad Darul Faizin merupakan sebuah institusi Pengajian Islam peringkat menengah yang menawarkan shahadah (sijil) Tahfiz Al-Quran dan Al-Hadith serta pengajian agama dan Bahasa Arab. Maahad ini beroperasi di bangunan lama Masjid Nurul Iman Jalan Bukit Panchur, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Maklumat lanjut mengenai maahad ini, rujuk gambar di bawah.


Kepada yang berhajat membuat wakaf dan sumbangan bolehlah rujuk gambar di bawah.

Nota :

Saya mendapat maklumat di atas setelah menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Maahad berkenaan yang bertujuan mengumpul dana. Majlis yang dianjurkan ialah ceramah agama bersama Ustaz Kazim, Saiful Apek dan seorang lagi penceramah. Saya kongsi dan sebarkan. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan keredhaan Ilahi.

Sabtu, 22 Jun 2019

Jom Shopping Tudung di De Qaira, Nibong Tebal

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu. Sekadar perkongsian untuk anda dan simpanan untuk saya. Sejak De Qaira berpindah ke Nibong Tebal tak berkesempatan lagi untuk pergi (kedai lama terletak bersebelahan Bank Islam Parit Buntar).


Jom tengok alamatnya. Mungkin suatu hari nanti berkesempatan untuk pergi. Alamatnya 59, Jalan Pekaka, Taman Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.


Memang seronok membeli di De Qaira. Harganya memang murah walaupun membeli sehelai tudung sahaja. Banyak pilihan tudung dan terkini. De Qaira pernah memberi kuih nona manis kepada pembeli (saya pernah dapat) dan mak pernah terima air mineral. Mungkin ada yang dapat pelbagai lagi. Pendek kata peniaga tersebut suka bersedekah kepada pembeli. Semoga rezekinya terus bertambah :)

 Beli tudung dapat kuih Nona Manis

Nona Manis yang sedap... :)