Isnin, 19 Mac 2018

Selesai Sudah Majlis Akikah dan Kenduri Arwah

Alhamdulillah, selesai sudah majlis akikah anak saudaraku dan juga kenduri arwah yang berlangsung pada 18 Mac 2018. Semuanya berjalan dengan lancar cuma yang terkilan marhaban tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa. Pada hari tersebut ada juga kenduri kahwin dan tetamu ingin cepat beredar untuk bertandang ke majlis kenduri pula.


Persediaan yang pertama selain mengemas ialah menyiapkan ole-ole. Ole-ole yang terdapat di dalamnya ialah air mineral, gula-gula, jelly, keropok dan sedikit kelainan ialah air gamat.


Bubur kacang sedang dicedok. Buat 3 kg kacang hijau sahaja dan alhamdulillah cukup...


Proses untuk menempatkan makanan. Majlis akikah belum berlangsung lagi. Makanan disediakan oleh pihak katering iaitu Shafie Ahmad.


Makanan yang disediakan ialah kambing masak kurma, ayam masak merah, jelatah, tembikai dan nasi putih. Bubur kacang, masak lemak labu, sambal belacan dan ikan kering disediakan sendiri oleh tuan rumah.

Kos untuk 2 ekor kambing ialah RM1500 iaitu satu ekor RM 700 dan kos sembelih dan membersihkan daging RM 50. Bila dua ekor jadilah RM1500. Kos untuk katering pula ialah RM 1000 iaitu untuk 20 ekor ayam, upah masak kambing dan makanan yang lain.


Boleh dikatakan hampir semua tetamu yang datang membawa pulang makanan. Ole-ole yang disediakan sebanyak 153 masih mempunyai lebihan sebanyak 5. Mungkin ada tetamu yang terlepas pandang untuk diberi. Sekian.. menulis untuk catatan peribadi dan juga perkongsian :)

Sabtu, 3 Mac 2018

Usaha Mengumpul Plastik Milo

Panasnya rasa malam ini, berpeluh-peluh sudah. Badan melekit-lekit. Rasa mahu mandi.. Ingat tak entri saya sebelum ini? Entri yang mengajak kumpul plastik milo dan tebus beg juara. Kalau tidak ingat klik di sini. Inilah dia plastik milo yang telah dikumpul. Hasil daripada derma kawan-kawan dan juga beli sendiri. Memang mencabar nak dapatkan 40 mata. Berhabis juga untuknya. 


Terima kasih buat adik Wan, Rehan, Ain, Adila, kak Odah, Ipah dan kak Ju yang menyumbang plastik milo. Mereka telah menyempurnakan misiku. Ambil gambar atas katil, malam nanti confirm tikus datang...


Sedia untuk di pos. Semoga ada rezeki untukku. Pos Malaysia laksanakanlah tanggungjawabmu dengan baik okey. Amanah saya untuk Pos Malaysia. Lama betul tak pos surat. Nasib baik ada jumpa sampul surat  yang disimpan semasa aktif menulis dahulu....


Mata point yang dikumpul cukup-cukup sahaja. Jika ada yang reject, mungkin bukan rezekiku. Contohnya seperti gambar di atas. Jika tidak perasan, misi untuk mendapatkan beg pasti tidak berjaya. Plastik milo yang diterima penganjur bertarikh luput 2018 ke atas sahaja. Okeylah, nak tidur dulu...